Kajian-kajian ada membuktikan yang anak-anak yang bermain permainan video kebanyakan cenderung untuk mendapat skor lebih daripada biasa dalam bidang yang melibatkan koordinasi mata-tangan , kemahiran pemprosesan maklumat , kecerdasan ruang (spatial ), kemahiran-kemahiran strategi visual , dan kemahiran menyelesaikan masalah bukan lisan.
Ianya adalah suatu berita baik, namun banyak penyelidikan tentang kanak-kanak menunjukkan kebimbangan tentang kesan permainan video ini. Antara lain ialah:
- Kandungan berunsur ganas
- Kandungan berusur lucah
- Berpotensi untuk ketagihan psikologi
- Mendorong kanak-kanak untuk lebih berilusi
- Berpotensi untuk mendapat kecederaan fizikal (carpal tunnel syndrome)
Sesungguhnya kita tidak boleh melihat semua isu dari aspek keburukannya sahaja, sebagai ibu bapa kita harus ada satu usaha untuk mengawal dan mencegah permainan ini daripada memberi kesan buruk kepada anak-anak. Ikuti sambungan pada posting akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan