Selasa, 29 Jun 2010

HATI YANG MATI

Hati Yang Mati

Sdr,

Tandanya hati yang mati

Jika tidak bersedih sebaliknya berpuas hati

kerana tidak melaksanakan

suatu amal kebajikan dan kewajipan

Juga tidak pernah menyesal semasa

Membuat dan melihat dosa

Ubatnya bersolat dan berzikirlah

Sehingga hatimu suci bersih menghadap Allah

SALAM
Rohaty Majzub
30Jun 2010

PERBINCANGAN LANJUT MELALUI FACEBOOK:
http://www.facebook.com/home.php?#!/notes/rohaty-majzub/hati-yang-mati/404101933519

Selasa, 22 Jun 2010

MEMASUKKAN SHOCKWAVE MOVIE .SWF KE DALAM POWERPOINT

Kita boleh memainkan Shockwave movie (.swf) ke dalam powerpoint dengan membuat sedikit konfigurasi dalam MsPowerpoint 2007. Perlu dingat komputer perlu di install swf player sebelum fungsi ini boleh dimainkan.

langkah 1:

Dapatkan URL file .swf yang terdapat dalam komputer; contohnya
C:\Documents and Settings\Administrator\My Documents\AZUAR\test.swf..URL ini perlu di simpan dalam MS Notepad untuk tujuan menyimpan URL fail untk kegunaan seterusnya.

Langkah 2
Klik pada Office button > Powerpoint Option > pastikan Show Developer Tab in The Ribbon dipilih > OK

Langkah 3
Klik Ribbon Developer > pilih More Control
Langkah 4
Pilih Shockwave Flash Object > ok
Langkah 5:
Apabila shockwave Flash Object dipilih > seret maouse untuk melakar ruang untuk active control > right click pada active control > properties > pada Embedmovie tukar "false" kepada "true" > pada movie kita boleh masukkan URL file .swf dari notepad dendan "copy" dan paste sahaja.


Langkah 6:
Setelah selesai kita dan boleh memulakan powerpoint kita.

SELAMAT MENCUBA

Khamis, 17 Jun 2010

MENUKAR NRG FILE KEPADA ISO FILE

Salam..
Bagi anda yang mengahdapi masalah semasa menyalin .nrg file  menggunakan cd/writer.. disini saya kongsikan penyelesaiannya.
NRG file merupakan format CD image yang digunakan oleh Nero Burning Rom dihasilkan oleh Nero AG untuk membentuk dan menyalin  CD imej ISO 9660.
Selain daripada Nero Burning Rom, Terdapat beberapa program lain yang boleh menyalin fornat NRG kepada CD iaitu Power ISO, Alcohol 120%, or Daemon Tools tetapi ada sesetngah program tidak bolehmenyokong format NRG contohnya jika anda mneggunakan program percuma seperti Deep Burner Pro dsbgnya.

Untuk mengatasi masalah ini anda perlu muat tutun satu program yang dipanggil

nrg2iso (English version)

Anda perlu muat turun nrg2iso-1.01-en.zip dan vcl30.zip
Selepas dipasang, anda bolehlah menukar NRG kepada format ISO. Seterusnya dengan menggunakan Deep Burner Pro..anda boleh menyalin CD ISO imej kepada CD anda.
image
Selamat Mencuba

Selasa, 15 Jun 2010

PENENTUAN UMUR MEMBACA KANAK KANAK

clip_image001
UMUR MEMBACA
Wahai ibu dan bapa
Serta guru semua
Kita selalu mendengar cerita
Tekanan yang diberi kepada Tadika
Ibubapa inginkan anak mereka
Cekap menulis dan membaca
jika anak anda atau murid anda
Bilakah anda mahu lihat dia mula membaca????????
Satu Dua Tiga Empat Lima atau Enam Tahun Ke?
Kenapa? Wajar kah membaca bila belum bersedia?

SALAM
Rohaty Majzub
16Jun 2010
IKUTI PERBINCANGAN LANJUT MELALUI FACEBOOK MENGGUNAKAN LINK DI BAWAH
http://www.facebook.com/photo.php?pid=244993&id=100000432615476#!/note.php?note_id=399880408519&comments

Isnin, 14 Jun 2010

HARIAN METRO: SI CILIK PINTAR. TERANG HATI

Si cilik pintar, terang hati
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/06/15
KUALA LUMPUR: Pertuturannya mungkin kurang sempurna, namun Darwisya Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran.
clip_image001
BIJAK...Darwisya Adriana (kiri) mengajar Darwish Adrian mengaji.
Malah, si comel itu juga adakala mengajar adiknya, Darwish Adrian, 2, mengaji manakala Darwish Adrian sendiri sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat.
Menurut ibu dua beradik ini, Mazlina Ramli, lewat 30-an, ketika berusia dua tahun lapan bulan, Darwisya Adriana sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek.
Kata Mazlina, kelahiran Darwisya tiada beza dengan bayi lain, malah dia sendiri tidak mengalami sebarang alahan atau tanda pelik. Anak sulungnya itu sendiri lambat berjalan dan bertutur.
“Namun, sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkannya ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.
Mazlina yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, setiap pagi anaknya diperdengarkan bacaan al-Quran terlebih dulu sebelum mereka mula menonton televisyen.
Pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji mengikut kaedah Iqra’.
Baginya, tiada rahsia besar di sebalik keupayaan anak-anaknya itu kerana semua ibu boleh memiliki anak seperti Darwisya Adriana asalkan ia disertai teknik pembelajaran tepat.
“Asalnya saya mahu menghantar anak saya mengaji al-Quran di tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, namun tiada seorang pun yang sanggup mengajar Darwisya Adriana yang ketika itu baru berusia setahun.
“Justeru, saya mula mencari kaedah sesuai mengajar anak bermula daripada lahir sehingga usia tiga tahun,” katanya.
Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca.
Selepas set berkenaan habis dibaca, dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.
“Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, saya selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.
“Dia sendiri akan tahu bacaannya salah kerana selalu mendengarnya daripada VCD,” katanya.
Kemampuan Darwisya Adriana turut diuji Akademi Darul Huffaz yang terletak di Kajang serta mendapat sijil hafazan 30 surah terakhir daripada akademi terbabit.
“Tentunya ini satu pencapaian yang amat membanggakan saya. Saya berharap anak saya dapat khatam al-Quran sebelum usianya mencecah empat tahun,” katanya.
Mazlina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran.
Antara makanan yang biasa diberikan untuk anaknya ialah kacang badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buah zaitun dan air yang dibaca dengan surah Taha.
SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sicilikpintar_teranghati/Article

Sabtu, 5 Jun 2010

APLIKASI FACEBOOK UNTUK P&P

Facebook kini telah menjadi suatu medium yang baik untuk tujuan jalinan hubungan sosial. Sebagai golongan pendidik kita juga boleh memanfaatkannya untuk tujuan P&P dengan lebih berkesan, murah dan menjimatkan masa.
Usahlah jadikan wall Facebook seperti pasar malam dengan memuatkan posting yang tiada nilai dan lebih kepada promosi diri yang murah, marilah kita jadikan facebook sebagai suatu medan untuk meningkatkan lagi sumbangan kita kepada pembangunan anak bangsa.
Beberapa aplikasi facebook boleh digunakan oleh guru-guru sebagai medium pembelajaran secara online. antaranya ialah:
1. Slideshare ; aplikasi yang membolehkan kita memuat naik slide presentation dan boleh diposting ke wall facebook untuk tujuan perkongsian dengan rakan guru dan pelajar kita. Disamping itu melalui aplikasi ini juga kita boleh berkongsi slide-slide dari seluruh negara. Bagi guru-guru, anda boleh jadikan sumber untuk mencari slide yang sesuai untuk tujuan P&P anda. Untuk mecubanya anda boleh gunakan link ini : http://apps.facebook.com/slideshare/
2. Webinaria Screencast Recorder:aplikasi yang membolehkan kita merakam video dan kongsikan dengan rakan-rakan. Ianya boleh merakam setiap pergerakan pada skrin komputer kita dan dalam masa sama boleh merakam suara latar. Aplikasi ini sesuai untuk kita membina video tunjuk cara penggunaan program komputer contohnya cara membeli secara online, cara memasukkan bunyi dalam powerpoint dan sebagainya. Anda juga boleh jadikanya sebagai sumber P&P dengan memuatturun video pengajaran yang sesuai dari seluruh dunia. Bagi anda yang ada blog sendiri..anda boleh salin code dan embed dalam blog. Anda boleh mencubanya melalui link ini; http://apps.facebook.com/webinaria/
Diharap agar aplikas-aplikasi ini boleh membantu, jika ada kelapangan masa saya akan tunjukkan bagaimana cara menggunakan aplikasi-aplikasi di atas.
Sumber:
1. http://www.collegedegree.com/library/college-life/15-facebook-apps-perfect-for-online-education