Selasa, 13 Mac 2012

APARTMEN KAYANGAN PJS 10/24, PETALING JAYA

Menghuni kediaman dari jenis apartmen memang tidak dapat lari daripada pelbagai masalah. Semua bahagian perlua dikongsi bersama. Pemuafakatan dan hubunganbaik dengan pihak pengurusan apartmen perlu ada.

Beginilah nasib yang menimpa, daripada bunyi “tik tik” kepada “tip tap” terus kepada lubang pada plaster syiling. Pernah dibuat pengaduan kepada JMB. Seingat saya daripada bunyi “tik tik” sampai la dah jadi lubang.

Nasihat saya jika ingin membeli hartanah dari jenis apartmen seeloknya mengkaji kecekapan badan yang menguruskan bangunan supaya aset dan kesejahteraan hidup kita terbela.

DSC_2351

DSC_2352

Kebocoron serius pada bumbung sehingga plaster syiling berlubang dan terpaksa menadah besen.

Jumaat, 9 Mac 2012

TIPS ICT: Mengatasi masalah Wifi Selalu Disconnect

image

Saya menggunakan USB wifi di rumah untuk kerja-kerja harian. Kebelakangan ini wifi saya selalu terputus(disconnected). Memang agak memeningkan dan menyakitkan hati. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan tetapi menemui kegagalan. Akhirnya saya berhasrat untuk membeli USB Wifi yang baru. Adakah dengan menukar USB wifi adapter yang baru dapat menyelesaikan masalah?

Daripada pengamatan didapati sebelum ini connection wifi saya agak baik dan daripada senarai signal wifi jiran berdekatan pun tidak banyak. Kebelakangan ini didapati ada banyak signal yang dapat dikesan oleh komputer saya. Ada signal yang lebih kuat daripada signal wifi saya. Saya membuat suatu teori dan andaian mungkin setting wifi komputer saya akan memilih signal yang lagi kuat dan akan disconnect signal wifi saya, walaupun pada hakikatntya wifi jiran adalah secured dan tidak boleh disambung pun. Microsoft oh microsoft.

Penyelesaian:

1. START > RUN > TAPI : services.msc . OK

image

2. cari WINDOWS ZERO CONFIGURATION >right click > klik PROPERTIS

3. Pada STARTUP TYPE tukar daripada AUTO kepada MANUAL

image

Selamat mencuba, saya telah berjaya menyelesaikan masalah saya dengan cara ini.

Tips: Kredibiliti Perlu di jaga

Kredibiliti ialah sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan. Saya terpanggil untuk menulis berkenaan KREDIBILITI ini kerana saban hari saya sendiri berusaha untuk meningkatkan kredibiliti diri supaya ahli keluarga, rakan-rakan, majikan dan staff di tempat kerja seterusnya anggota masyarakat menaruh kepercayaan tinggi kepada kita.

Sekadar renungan bersama, bukan mengharap tetapi jika kita yang memegang amanah boleh diperkotak-katikkan oleh orang bawahan yang mengharapkan kita mampu melaksanakan amanah, kita sendiri tidak arif dan tidak mampu melaksanakan amanah akan menyebabkan kredibiliti tercalar.

Sebagai penjawat awam saya sentiasa berdoa dan berusaha supaya tidak termasuk dalam golongan yang dipertikaikan kredibilitinya. Sebarang teguran dan kesalahan akan diperbaiki dari masa ke semasa. Kita hanya insan biasa.

Isnin, 5 Mac 2012

TIPS ICT: Folder Di dalam Pendrive Bertukar menjadi Shortcut

Seorang rakanbaik mengadu semua folder di dalam pendrivenya telah bertukar menjadi shortcut. Kesemua fail dalam folder tidak kelihatan(invisible), apabila di scan menggunakan antivirus tidak dapat menyelesaikan masalah, malah keluar notis “windows cannot find f:recycler……exe, bertambah haru biru dan panik

malware

Jangan panik, ini adalah serangan virus dan mungkin malware. Jangan terus format pendrive anda kerana ianya akan menyebabkab kesemua data akan hilang. Saya cuba membantu dengan menggunakan langkah berikut:

1. Periksa huruf yang mewakili pendrive anda contohnya; ( K )

pendrive

2. klik START > RUN > taip cmd kemudian klik OK

3. Jika pendrive anda ialah K kemudia taip K: dalam arahan ini ( attrib -h -r -s /s /d k: *.* ) kemudian ENTER.

preschool

4. Sekarang semua fail anda akan kelihatan semula..peringatan penting pastikan anda sentiasa update antivirus agar tiada serangan lagi.