Isnin, 30 Januari 2012

TERAPI AUDIO: Ayat-Ayat Rukyah

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Banyak khasiat yang boleh diperolehi melalui terapi ini. Maklumat lanjut boleh klik link ini. http://mp3ruqyah.com 

MUAT TURUN MP3 AYAT-AYAT RUKYAH MELALUI LINK DI BAWAH:

<< DOWNLOAD >>

Jumaat, 27 Januari 2012

Video Games dan Kanak-kanak

Kajian-kajian ada membuktikan yang anak-anak yang bermain permainan video kebanyakan cenderung untuk mendapat skor lebih daripada biasa dalam bidang yang melibatkan koordinasi mata-tangan ,  kemahiran pemprosesan maklumat , kecerdasan ruang (spatial ), kemahiran-kemahiran strategi visual , dan kemahiran menyelesaikan masalah bukan lisan.
image












Ianya adalah suatu berita baik, namun banyak penyelidikan tentang kanak-kanak menunjukkan kebimbangan tentang kesan permainan video ini. Antara lain ialah:
- Kandungan berunsur ganas
- Kandungan berusur lucah
- Berpotensi untuk ketagihan psikologi
- Mendorong kanak-kanak untuk lebih berilusi
- Berpotensi untuk mendapat kecederaan fizikal (carpal tunnel syndrome)

Sesungguhnya kita tidak boleh melihat semua isu dari aspek keburukannya sahaja, sebagai ibu bapa kita harus ada satu usaha untuk mengawal dan mencegah permainan ini daripada memberi kesan buruk kepada anak-anak. Ikuti sambungan pada posting akan datang.

GOLDEN HORSES HEALTH SANCTUARY: My Health Screening Report

ultrasound  ultrasound Abdomen and Pelvis Result
ultrasound1 Ultrasound
cancer-n-urin 
Cancer Screening
macam1macam5 macam2
macam3 macam4 
conclusion
STATUS KESIHATAN SAYA UNTUK TAHUN INI
tax Rebat cukai pendapatan
18 Januari saya telah membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh di Golden Horses Health Sanctuary. Kami diberikan kemudahan bermalam di Hotel Palace Of Golden Horses. Ini merupakan tahun kedua kami sekeluarga menyertai program ini.
Melangkah ke kaunter pendaftaran Golden Horses Health Sanctuary hati mula berdebar kerana telah 36 tahun badan saya tidak pernah diperiksa secara menyeluruh. Kali terakhir pemeriksaan adalah pada tahun 2005 semasa mula-mula memasuki perkhidmatan awam sebagai guru. Pemeriksaan di buat di Hospital Bentong. Pemeriksaan itu hanya pemeriksaan biasa dan tidak menyeluruh. Debaran dan kebimbangan hilang dengan layanan mesra dan bantuan daripada staff yang penuh dedikasi.
Jam 7.45 setelah pendaftaran kami diberi sedikit taklimat berkenaan perjalanan proses pemeriksaan. Pertama sekali pemeriksaan darah diikuti air kencing. Kemudian sesi berjumpa doktor untuk pemeriksaan am. Bagi yang berumur 45 tahun ke atas pemeriksaan tulang perlu dilakukan. Di pertengahan sesi sementara menunggu ujian telinga dan mata kami disediakan sarapan lazat. Menu dihidangkan ubi keledek rebus, jagung dan kacang..cukuplah untuk mengalas perut setelah berpuasa dari jam 12 malam sebelumnya. Jam 11.00 pagi semua proses selesai. Sementara menunggu keputusan dan khidmat perunding kesihatan, kami dihidangkan dengan menu lazat sekali lagi di Carousel Restoran, Hotel Palace Of Golden Horses.
Keputusannya, tahap kolestrol saya tinggi tetapi masih diperingkat biasa, ada bintik-bintik pada hempedu dan uric asid rendah. Setelah diberi penerangan dan nasihat daripada pakar perunding, saya mula boleh bersedia untuk langkah-langkah pencegahan. Tahun depan sedaya mungkin akan cuba memperbaiki lagi rekod kesihatan ke arah yang lebih baik.
Secara keseluruhan perkhidmatan yang disediakan amat baik dan memuaskan hati serta setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

Rabu, 25 Januari 2012

TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN: Be An Early Bird

Senaman di awal pagi akan meningkatkan metabolisme anda sepanjang hari. Walaupun anda bersantai menonton televisyen di waktu petang namun anda tetap membakar kalori lebih daripada normal jika melalukan sedikit senaman di awal pagi. Selamat mencuba.

Isnin, 23 Januari 2012

PERISIAN: Cute PDF Writer

Format Dokumen Mudah Alih (PDF) adalah standard dokumen yang selamat dan boleh dipercayai untuk agihan dan sebaran secara eletronik ke seluruh dunia.

CutePDF Writer adalah perisian penukar dokumen kepada PDF yang boleh diperolehi secara PERCUMA. Perisian ini dipasang dengan berdiri sendiri sebagai “Subsistem Printer” dimana untuk menukar apa jua dokumen kita perlu memberi arahan cetak, kemudian pilih cutepdf writer daripada senarai ‘printer” dan simpan sebagai PDF. Cukup mudah sekali.

Keprluan Pemasangan:
  • Supports Microsoft Windows 98/ME/2000/XP/2003/Vista/7 (x86/x64).
  • Requires PS2PDF converter such as Ghostscript (recommended).
    You can get the free GPL Ghostscript 8.15  here.

Untuk muat turun sila klik link di bawah:

1. Free CutePDF Writer

2. Free GPL Ghostscript 

maklumat lanjut layari: http://www.cutepdf.com

TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN: Think drink

Jika anda terasa kelaparan, minumlah segelas air terlebih dahulu. Bila anda dahaga badan akan mula menghantar tanda isyarat lapar, ini kerana ia mengetahui anda boleh mendapatkan air daripada makanan. Seteguk air mungkin boleh menghilangkan sedikit kelaparan anda. Selamat mencuba. Ikuti tips lain seterusnya.

Jumaat, 20 Januari 2012

TIPS ICT: membuka aplikasi dengan Cara Mudah Dalam Windows 7

Salam,

Adakah anda ingin membuka program dalam Windows 7 dengan menggunakan shortcut pada keybord?. Caranya mudah sahaja. Anda perlu tekan kekunci < windows> , masukkan dan taip beberapa huruf awal program yang ingin dibuka contohnya chr untuk Google Chrome kemudian tekan . Selamat mencuba.

Sabtu, 7 Januari 2012

BRAIN RESPIRATION: Latihan Meningkatkan Potensi Otak

Salam, CD ini mengandungi tunjukcara berkenaan dengan Brain Respiration. Ianya terdiri daripada 3 elemen:
1. Latihan Koordinasi Fizikal
2, Latihan Pergerakan Tenaga
3. Awareness Expanding Exercises.

Cukup mudah kerana sarat dengan tunjuk cara. Alaminya sendiri dan rasakan. Boleh muat turun melalui link di bawah:
Bahagian 1
Bahagian 2

Apa yang Perlu Di makan Semasa Mejalani Rawatan kanser

Bahan bacaan untuk perkongsian semua kali ini berkaitan dengan pemakanan yang sesuai semasa menjalani rawatan pemulihan kanser. Pesakit biasanya menghadapi masalah kurang selera dan alahan kepada makanan tertertentu.

Buku ini adalah terbitan oleh American Cancer Society mengandungi 178 muka surat sarat dengan resepi dan panduan pemakanan untuk pesakit kanser. Mungkin buku ini berguna untuk anda. Boleh muat turun buku ini menggunakan link di bawah.

Khamis, 5 Januari 2012

HOMESTAY DI KELANTAN



Sedang memikirkan perkembangan industri hotel budget di Kelantan. Homestay tumbuh dengan pesat. Ia menawarkan pelbagai pakej penginapan yang murah dan selesa untuk pelbagai golongan. Beberapa homestay yang popular dalam carian google saya paparkan dalam slide ini. Rata-ratanya menawarkan pelbagai pakej harga yang nyatanya masih tetap murah.

Bagi yang ingin membawa keluarga dan rombongan ke Kelantan. Pilihan homestay boleh memberikan keselesaan. Beberapa konsep menarik difikirkan terutamanya untuk menonjolkan ciri dan budaya setempat untuk pengunjung luar. Pakej sosio ekonomi dan budaya juga boleh ditonjolkan.