Ahad, 22 Februari 2009

Semai Benih Cili

Usaha pertama untuk projek Edible Garden ini ialah dengan menyemai benih..Alhamdulillah hasilnya amat baik..pertumbuhan agak memberangsangkan, apalagi seronok la anak-anak kecil saya melihat benih yang disemai mula bercambah.Benih yang baru disemai diletak di dalam beg plastik

Dah cambah pun...

Dah boleh tanam dah ni....

Projek Edible Garden

Contoh Edible Garden

PENGENALAN
Edible Garden boleh diertikan sebagai taman boleh dimakan. Ini bermakna taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman dan buahan. Konsep Edible Garden ini adalah diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah ketika Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia (LAMAN 2008), baru-baru ini.
Cadangan Tapak Edible Garden

Prasekolah Seafield merancamg untuk membina sebuah Edible Garden di belakang Prasekolah. Keluasan anggaran adalah 15" x 30". Mengikut perancangan pelbagai pokok akan ditanam..cili, kobis, kailan, bayam, timun, jagung dan banyak lagi.

OBJEKTIF
Objektifnya ialah untuk mendedahkan murid prasekolah kepada konsep awal sains, kehidupan dan alam sekitar. Diharapkan dengan adanya Edible Garden ini akan menjadi stesen untuk kajian aspek awal sains termasuk kajian tentang serangga, pemakanan, keusahawanan, seni dan sebagainya.