Jumaat, 31 Ogos 2012

PAJERO LO49: D-CARBO2


SHAH ALAM 31 OGOS- Sebelum meneruskan penjelajahan offroad, langkah meningkatkan prestasi enjin Pajero LO49 telah dibuat secara berperingkat. Setelah mendapat nasihat daripada En. Alias dari Klang saya mencuba menggunakan Dcarbo2 untuk membersihkan enjin dan sekalugus meningkatkan prestasinya.

Temujanji dibuat di Masjid Shah Alam. Setelah dimasukkan cecair DCarbo2..asap putih mula keluar dengan banyaknya disusuli asap hitam yang banyak apabila pedal minyak ditekan.

Ternyata menunjukkan kesan yang menakjubkan. Enjin mula senyap dan bertenaga. Sekarang saya dengan mudah boleh memecut 120 km/jam. Enjin diesel saya yang lembab kini mula bertenaga. Hasrat untuk menukar kepada enjin intercooler turbo dilupakan buat sementara waktu kerana berpuashati dengan prestasi sekarang. Terima kasih D Carbo2, tidak sabar untuk mencuba perjalanan jauh dan offroad pertengahan September ini.

Dcarbo2 boleh d diperolehi di mana-mana bengkel membaiki kenderaan. Bagi yang ingin mencuba boleh menghubungi En. Alis di talian 012-3661431

Laman web: www.dicarbo.com.my

Youtube: 

PROSES MEMASUKKAN D CARBO KE DALAM ENJIN

ASAP PUTIH MULA KELUAR

ASAP SEMAKIN BANYAK


INILAH KESAN PEMBERSIHAN ENJIN OLEH D CARBO


Rabu, 22 Ogos 2012

CPAC IMAGING SOFTWARE

Hari ini ke kedai gambar Kodak di Jalan Hamzah Kota Bharu untuk print gambar raya. Sambil-sambil tu sempat juga meninjau operasi kedai gambar tersebut. Mata leka memerhati Uncle Cina pemilik kedai mengedit dan membuat touch up gambar pelanggan. Sempat juga bertanya perisian apa yang digunakan. Mereka menggunakan perisian CPAC Imaging dan Adobe Photoshop . Uncle tersebut juga beritahu sebelum print mereka perlu pastikan gambar-gambar yang diedit sendiri oleh pelanggan mesti dalam mode  RGB supaya sesuai dengan printer di kedai mereka. CMYK untuk cetakan surat khabar dan majalah. Dapat juga sedikit ilmu melalui pemerhatian dan pertanyaan, tidak perlu bersusah payah baca buku atau cari di internet.  cpacimaging.com/photoimagingpro.asp 

Download: part 1  part 2



Sabtu, 18 Ogos 2012

ROUTE KL - CAMERON HIGHLANDS - KOTA BHARU

Route baru balik kampung untuk mengelak kesesakan di musim perayaan. Route KL-Cameron Highlands-Kota Bharu. Mengamil masa 8 jam dengan jarak perjalan 507 KM. cukup selesa dan menjimatkan masa. bebas daripada kesesakan lalulintas.



Rehar dan adik buang air kat Masiid Batu 3 Jalang Pahang, Tapah..dimusim perayaan elakkan berhenti di  R&R lebuhraya.







Boleh tengok Google Map..nak best lagi dari Gua Musang terus ke Jeli..tunggu balik dengan Pajero baru nak try jalan tu...

Jumaat, 17 Ogos 2012

BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE:LEMBAGA ZAKAT SELANGOR


Saya dah bayar zakat. prosesnya amat mudah, bayar secara online melalui laman web Lembaga Zakat Selangor. Tahniah diucapkan kerana inovasi ini amat memudahkan.