Selasa, 31 Mei 2011

PERISIAN SIMPO PDF TO POWERPOINT DAN CARA PEMASANGANNYA.

Salam sejahtera,

Syukur kerana dapat lagi berkongsi berkaitan converter pdf ke powerpoint. Seperti yang dijanjikan kali ini saya kongsikan perisian tersebut beserta cara untuk install. Cara install ditunjukkan secara simulasi langkah demi langkah. Ianya di dalam format.swf dan boleh dimainkan di mana-mana web browser. Anda boleh playbak sampai boleh install perisian tersebut.

Apa yang diharapkan agar semua boleh memanfaatkan perisian ini untuk tujuan pembinaan bahan bantu mengajar prasekolah dan untuk tujuan lain yang memerlukan proses yang cepat dan kepelbagaian bahan dalam persembahan powerpoint. Semoga apa yang dikongsikan disini dapatlah rakan-rakan sebarkan kepada yang lain. Ilmu adalah untuk dipraktikkan dan disebarkan, Semoga tuhan memberkati usaha kita.

Untuk muat turun pakej perisian dan tutorial Simpo PDF to Powerpoint sila klik link di bawah:


Isnin, 30 Mei 2011

CARA MENUKAR PDF DOKUMEN KE FORMAT POWERPOINT

Salam sejahtera,
Saya ingin kongsikan satu penyelesaian masalah yang mungkin boleh digunakan oleh guru prasekolah di dalam membina bahan bantu mengajar dikelas prasekolah.
1 Saya tertarik dengan satu broshure yang saya perolehi daripada internet, ianya adalah dalam format pdf. Saya perlukan grafik dan teks dalam broshure tersebut untuk saya sediakan satu slide powerpoint bagi membentangkan kursus selam skuba di pejabat saya. Apa yang perlu saya buat ialah dengan convert dokumen pdf tersebut kepada powerpoint. Terdapat banyak perisian di pasaran yang boleh membantu saya. Dalam kes ini saya memilih perisian Simpo PDF to Powerpoint.
2Langkah pertama ialah dengan “Add PDF(s)” kemudian klik “convert”. Memang amat mudah dan menjimatkan masa. Apa yang menakjubkan ialah hasil yang saya dapat.
3 Inilah hasil yang saya dapat, dokumen pdf tadi telah diconvert ke powerpoint. Grafik dan teks asal sekarang boleh diedit dan boleh ditambah efek animasi sama seperti penyediaan slide pembentangan powerpoint yang lain. Sekarang saya mampu siapkan slide powerpoint dan pembentangan interaktif hasil daripada broshure pdf tersebut. Untuk mendapatkan perisian simpo pdf to powerpoint dan cara menggunakannya sila ikuti sambungan posting ini.
 

Khamis, 26 Mei 2011

MUAT TURUN FONT AVANT GARDE

Salam,

Kepada pengunjung Blog Praskseafield, saya ingin kongsikan font Avant Garde khusus untuk kegunaan guru prasekolah di dalam membina BBM.

Sila klik link di bawah untuk muat turun font tersebut:


Coco Callogen | | Pc to Tv Converter | | Mahizan.com

Sabtu, 21 Mei 2011

Cara Install Fonts Khas Untuk Panduan Guru Prasekolah

fonts
Seperti yang dijanjikan pada posting lepas saya kongsikan cara-cara untuk install font khas untuk guru-guru prasekolah. Cara fonts ini meliputi pengguna yang menggunakan Windows 7, Windows Vista dan XP.
Diharapkan Guru-guru prasekolah terutamanya mendapat panduan untuk penghasilan Bahan bantu mengajar prasekolah dan memudahkan urusan harian berkaitan ICT di prasekolah.
Bahan ini sekadar perkongsian prasekolah dan jika ada kelemahan dan kekurangan agar dapat menrimanya dan mencari maklumat tambahan untuk pembaikan seterusnya. Untuk muat turun secara PERCUMA sila klik link di bawah.
PC TO TV COCO CALLOGEN MAHIZAN.COM

Selasa, 17 Mei 2011

FONT AVANT GARDE UNTUK BAHAN BANTU MENGAJAR PRASEKOLAH

Salam dan Selamat Hari Guru semoga menjadi guru yang inovatif dan sentiasa mencari pembaharuan dalam menghasilkan Bahan bantu mengajar prasekolah yang terbaik. Bahan bantu mengajar prasekolah yang terbaik adalah hasilan cikgu itu sendiri kerana kita mengetahui kebolehan dan persekitaran murid-murid kita.
font
Saya ingin kongsikan satu jenis font yang sesuai untuk bahan bantu mengajar prasekolah dimana font ini sama dengan bentuk tulisan buku teks KBSR. Font yang dimaksudkan adalalah dalam kumpulan Avant Garde. Banyak Bahan bantu mengajar prasekolah menggunakan font jenis ini. Adalah disarankan kepada guru-guru parasekolah untuk sama-sama hasilkan lembaran kerja, slide powerpoint, bahan bacaan murid-murid dengan menggunakan font ini.

2Terdapat pelbagai jenis font Avant Garde yang biasa digunakan di dalam bahan bantu mengajar prasekolah, antaranya ialah AvantGardeMdITCTT, AvantGardeExtLitITCTT, AvantGarde BK BT dan lain-lain. Anda boleh lihat bentuk font tersebuat di sebagaimana gambar di atas.
3Dengan menggunakan Ms Word dan Ms Powerpoint untuk penghasilan bahan bantu mengajar prasekolah, font tersebut adalah seperti paparan di atas.

Selamat menghasilkan bahan bantu mengajar prasekolah yang menarik dan diharap tips yang saya berikan dapat membantu rakan-rakan guru yang lain. Posting akan datang saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk Install atau memasang font ini di dalam sistem komputer anda.

mahizan.com pc to tv converter coco callogen powerplus