Selasa, 23 Jun 2009

Edible garden 23 Jun 2009

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Beginilah bunga pokok jagung..setiap pagi anak-nak boleh melihat kumpulan lebah menghisap madu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         Ini adalah tongkol jagung yang mula keluar..setiap poko ada 2 tongkol jagung..anak-anak mula menghitung bilangan tongkol jagung yang bakal dimakan nanti.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         Ini pula buah terung yang mula keluar..hahha..seronok sekali anak-anak melihat hasil tanaman mereka.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ini pula adalah pokok carrot..jangan terkejut melihat hasilnya nanti…

Ahad, 14 Jun 2009

Tidur dan Kanak-kanak Prasekolah

Hari Sekolah Bermula Malam Ini
Menyiapkan si manja ke tadika bermakna memujuknya tidur awal!

Oleh Cik Woo Pei Jun, Pakar Psikologi Perkembangan
Bayi dilahirkan tanpa mengetahui perbezaan antara siang dan malam. Ibu bapa haruslah mendidik anak mereka secara berperingkat untuk memerhati masa tidur dan bangun yang sesuai. Disiplin ini menjadi lebih penting semasa kanakkanak membesar.

Tidur & Kanak-Kanak Prasekolah
Tiada siapa boleh hidup tanpa tidur. Bahkan, binatang sekalipun perlu tidur. Tidur adalah penting untuk memastikan sistem imun berada dalam keadaan yang baik untuk mengelak daripada jangkitan. Ia juga merupakan masa bagi neuron yang berada dalam otak diperbaiki. Begitu juga dengan hormon tumbesaran dan bahan penting yang lain akan dibebaskan.

Tidur juga bantu menyusun memori, menperkukuh pembelajaran dan memperbaik tumpuan. Kombinasi mimpi yang lena (REM ataupun pergerakan mata pantas) dan tidur akan menyegarkan dan bantu mengawal perasaan hati. Itulah sebabnya kanak-kanak yang tidak cukup tidur akan meragam, merengus dan letih bila bangun pagi. Kanakkanak dalam usia prasekolah haruslah tidur 10 hingga 12 jam setiap malam. Walaupun demikian, kualiti tidur mereka mungkin akan dipengaruhi oleh ketakutan malam dan mimpi buruk. Ibu bapa seharusnya memantau cara tidur anak-anak mereka.

Dengan tidur yang mencukupi, si manja anda akan:

  • Memberi tumpuan lebih baik dalam kelas.
  • Lebih cekap dalam menyelesaikan masalah.
  • Kreatif dan memberi idea baru.

Apabila kekurangan tidur, si manja anda akan:

  • Mudah lupa apa yang dipelajari.
  • Menghadapi masalah membuat keputusan yang baik.
  • Kurang kesabaran.

Waktu tidur yang dicadangkan

  • Anak Kecil (1 – 3 tahun): 12 – 14 jam daripada tidur malam dan siang hari
  • Prasekolah (3 – 6 tahun): 10 – 12 jam/malam
  • Kanak-Kanak Sekolah (6 – 12 tahun): 9 – 10 jam/malam

Petua tidur untuk anak prasekolah

  • Patuhi jadual tidur yang tetap dan konsisten
  • Tetapkan rutin waktu tidur yang santai, berakhir dalam bilik tidur si manja
  • Bilik tidur seharusnya mempunyai persekitaran tidur yang dingin, senyap dan samar/gelap – tanpa TV

Rutin waktu tidur yang biasa

  1. Makan snek ringan
  2. Mandi
  3. Pakai baju tidur
  4. Gosok gigi
  5. Bacakan cerita
  6. Pastikan bilik senyap dan suhu bilik selesa
  7. Letakkan si manja atas katil
  8. Ucapkan selamat malam dan padamkan lampu

Sumber: Majalah positive parenting

Sabtu, 13 Jun 2009

Edible garden 13 Jun 2009

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         Keadaan pertumbuhan pokok jagung..pada awalnya agak terbantut kerana lambat di ubah ke dalam polibeg.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pengguna plastik silvershine dapat mengurangkan masalah rumput.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pokok kobis yang hidup subur..cantik macam kelopak bunga mawar.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pokok terung terus hidup dengan subur.