Khamis, 20 September 2012

TRIP PERTAMA PAJERO LO49








14 Sept 2012: Trip solo pertama dengan pajero. Destinasi kali ini ke Pulai, Gua Musang. Misi membersih kebun dan mencari lubuk ikan.

Bertolak jam 8 pagi dengan ditemani anak lelaki kesayangan. Singgah mengisi minyak dan sarapan pagi di stesen petronas Gombak. Perjalanan dilebuh raya cukup lembab. Mendaki bukit dengan gear 3 dan steering box yang ada sedikit masalah cukup membosankan.

Sampai di Raub sempat membeli keperluan nursery. Polibeg, kasut dan lain2 peralatan.

Jam 2 petang sampai Gua Musang dan terus meredah jalan berbatu yang berdebu sejauh 20km. Sasarannya disekitar lombong emas di Pulai. Pajero mula memunjukkan kekuasaanya mampu meredah laluan berbukit tanpa halangan.

Sampai je terus pasang jaring dan menjala ikan. Hasil tangkapan tidak memuaskan dan esoknya akan meredah lebih jauh ke hulu sungai. Pencarian lubuk ikan cukup menyeronokkan. Trip akan datang akan masuk lebih jauh lagi

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 8 September 2012

IDEA MENANAM UBI KENTANG ATAU KELEDEK DALAM BEKAS (CONTAINERS)

Menanam kentang atau ubi keledek dalam bekas mungkin suatu idea yang nampak mudah. Saya kongsikan video cara penanaman. Mungkin kita boleh membuat ubahsuai menggunakan bahan tempatan. Saya akan memulakan projek ini untu ditanam di tepi rumah.


MS EXCELL: VLOOKUP

Hari ini berpeluang untuk belajar membuat fungsi Vlookup di dalam Ms. Excell. Amat mudah dan akan membantu melicinkan kerja-kerja pengurusan data. Belajar sesuatu yang baru amat menyeronokkan. Belajar untuk memudahkan kerja dan boleh membantu orang lain.

Tiada halangan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Belajar tidak mengenal usia, masa dan tempat. Mungkin ada diluar sana  yang sengaja meletakkan halangan besar untuk belajar sesuatu yang baru. Menuntut ilmu adalah wajib dan ilmu ibarat lautan.
Belajar sedikit demi sedikit, lama kelamaan boleh mahir. Saya telah berjaya menyiapkan satu template vlookup multiple sheet untuk kegunaan akan datang. TEMPLATE VLOOKUP MULTIPLE SHEETS

Isnin, 3 September 2012

GAMBAR RAYA

Gambar Raya ini hasil ciptaan Tn Hj. Isa Unit Rendah Jabatan Pelajaran Selangor