Sabtu, 25 Februari 2012

Low Yatt: Tips Waktu Sesuai Membeli

low-yatt

Setelah sekian lama kamera terperap kerana charger untuk battery hilang, hari ini saya berkelapangan ke Low Yatt. Seminggu lepas semasa menemani isteri dinner di The Millenium Hotel saya cuba tanya-tanya harga untuk charger Nikon D3000. Pada masa itu pertengahan bulan, customer pun tak ramai, pekedai pun kuyu tak berapa galak. Dengan slambanya semua kedai letakkan RM150 untuk charger original dan RM80 untuk Third party.

Sebaliknya hari ini (Sabtu) suasana di Low Yatt dipenuhi manusia, Pekedai galak, berkaca-kaca matanya, bila ditanya harganya sudah lain..Charger Original RM230 dan yang tak ori RM130.  Mereka mengambil peluang disebalik kekalutan dan kesibukan untuk menetapkan harga. Secara tak sedar kelihatan kedai dan barangan yang dijual begitu hangat. Pembeli kadang-kadang terperangkap dengan situasi sebegini terutamanya bilaman Low Yatt dikatakan syurga peralatan ICT dan telekomunikasi.

Nasihat saya, survey dahulu harga di kedai berhampiran rumah sebelum mengambil langkah ke Low Yatt,

Selasa, 21 Februari 2012

TIPS ICT: Membuat Query mudah dalam Ms Access


Hari-hari yang telah mula sibuk dengan data-data yang semakin banyak. Menguruskan lebih 4000 orang guru boleh membuatkan mata mula berair. Berkat daripada menuntut Ilmu dengan Sifu Kelana, Bob dan Shahidan akhirnya dapat membereskan kerja-kerja dengan mudah. Lega kerana dapat relaks awal. 

Saya ingin kongsikan klip video bagaimana nak membuat query mudah dengan menggunakan Ms Access 2007. saksikan klip video di atas, harap dapat membantu.

Isnin, 20 Februari 2012

MUAT TURUN GAMBAR DARIPADA FACEBOOK DENGAN:pickNzip

image

Saya bercadang untuk menamatkan akaun Facebook saya tetapi saya perlu muat turun semua gambar-gambar saya dalam Facebook. Setelah mencari aplikasi Facebook yang sesuai akhirnya saya menemui PickNzip. Anda perlu login ke akaun facebook kemudia pada ruangan search taip picknzip. Anda akan terus di bawa ke aplikasi picknzip. Ikuti langkah-langkah mudahnya. Apa yang menariknya ianya bukan sahaj dapat muat turun kesemua gambar-gambar milik kita tetapi boleh muat turun gambar rakan-rakan Facebook. Akhirnya masalah saya dapat diselesaikan dengan mudah. Saya dapt muat turun kesemua 1530 gambar yang berkaitan dengan saya. Terima kasih pickNzip. Anda juga boleh mencubanya.

Jumaat, 10 Februari 2012

WEBSITE PILIHAN: http://www.watchknowlearn.org

Salam sejahtera,

Satu laman yang baik untuk anda mencari video pendidikan untuk tujuan pembelajaran anak-anak. Ianya adalah PERCUMA. Banyak ciri-ciri menarik seperti page navigation yang mudah kerana video dikategorikan mengikut subjek dan dikelaskan mengikut tahap umur anak-anak. Selamat mencuba.

http://www.watchknowlearn.org

prasekolahprasekolah1