Sabtu, 25 Februari 2012

Low Yatt: Tips Waktu Sesuai Membeli

low-yatt

Setelah sekian lama kamera terperap kerana charger untuk battery hilang, hari ini saya berkelapangan ke Low Yatt. Seminggu lepas semasa menemani isteri dinner di The Millenium Hotel saya cuba tanya-tanya harga untuk charger Nikon D3000. Pada masa itu pertengahan bulan, customer pun tak ramai, pekedai pun kuyu tak berapa galak. Dengan slambanya semua kedai letakkan RM150 untuk charger original dan RM80 untuk Third party.

Sebaliknya hari ini (Sabtu) suasana di Low Yatt dipenuhi manusia, Pekedai galak, berkaca-kaca matanya, bila ditanya harganya sudah lain..Charger Original RM230 dan yang tak ori RM130.  Mereka mengambil peluang disebalik kekalutan dan kesibukan untuk menetapkan harga. Secara tak sedar kelihatan kedai dan barangan yang dijual begitu hangat. Pembeli kadang-kadang terperangkap dengan situasi sebegini terutamanya bilaman Low Yatt dikatakan syurga peralatan ICT dan telekomunikasi.

Nasihat saya, survey dahulu harga di kedai berhampiran rumah sebelum mengambil langkah ke Low Yatt,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan