Rabu, 18 Februari 2015

ADAKAH ANDA GEMBIRA DENGAN KERJA ANDA SEKARANG?


Adakah anda merasa gembira dengan pekerjaan anda sekarang? Jika jawapanya YA memberi gambaran anda sebenarnya berada dalam lingkungan minoriti di tempat kerja anda. Ini adalah pandangan pengkaji daripada Gallup’s State of theAmerican Workplace Report yang melaporkan 70% perkerja di Amerika Syarikat tidak merasa gembira dengan kerja yang dilakukan. Ini memberi gambaran yang tidak baik kepada situasi ditempat kerja apatah lagi produktiviti yang diharapkan. Pastinya bagi 70% pekerja ini matlamat kerjanya hanya untuk mendapatkan gaji bagi menyara kehidupan. Kepuasan kerja dan perasaan gembira melaksanakan tugas adalah pada tahap yang rendah. Ketidakpuasan hati, kekecewaan dengan kerja yang dilakukan menyumbang kepada masalah kemurungan dan lain-lain masalah psikologi yang nantinya memberi kesan kepada kebahagian keluarga, masyarakat dan negara.

Walaupun ianya adalah suatu kajian yang latarnya berbeza dengan negara kita, tidak dinafikan fenomena ini juga wujud dikalangan pekerja kita. Ianya harus diambil berat oleh pekerja dan majikan bagi mewujudkan situasi kerja yang menyeronokkan demi kebahagiaan dan pembangunan negara.