Sabtu, 22 Jun 2013

JEREBU LAGI...


Fenomena Jerebu telah berkali-kali melanda negara kita. 1997 isu ini menjadi mainan pen dan kertas peperiksaan umum PMR, SPM dan STPM. Pelajar-pelajar ghairah membuat karangan subjek Bahasa Melayu dan kertas AM STPM. Begitu gah mengarang pelbagai pro dan kontta masalah jerebu, penuh dengan cadangan yang begitu membina. Serasanya melalui percambahan idea ini akan memberi kelegaan untuk generasi 10 tahun akan datang. Hilang jerebu.

Di peringkat Universiti pelbagai kajian ilmiah merentasi semua kursus atau program pengajian bercerita dan mencari solusi mengatasi masalah jerebu. Mahasiswa dengan kritis dan penuh semangat menanam iltizam membasmi jerebu untuk kesejahteraan sejagat.

2005 aku mula berpesan kepada kanak-kanak seusia 6 tahun. Jika awak semua dewasa nanti jadilah jurutera yang amanah supaya jambatan tidak runtuh, jika anda jadi doktor jadilah doktor yang minat dan iklhlas supaya kita tidak menjadi doktor yang suka menyergah pesakit, jika anda hendak menjadi guru jadilah guru yang cintakan ilmu bukanya menjadi guru yang mengejar wang, jika anda ingin menjadi pengurus ladang jadilah pengurus ladang yang tidak membakar hutan.

Daripada tahun 1997 muncullah generasi yang menyebabkan jerubu Jun 2013. Generasi umur 6 tahun pada tahun 2005 akan dijangka menghasilkan jerebu pada tahun 2020. Itulah kelestarian kita.

Kaeadah termudah dan murah, pertimbangan kos effektif, pengurusan operasi ladang yang cekap dan menjimatkan. Itulah pertimbangan cetek yang menjadi punca jerebu. Bertanggungjawablah kita kerana kita menyedut udara yang sama. Adakah selepas kita nyalakan api kita boleh naik jet peribadi untuk menyedut udara bersih di Himalaya. Tidak semua mampu berbuat demikian. Kita tetap menyedut udara yang sama.