Sabtu, 21 Julai 2012

PAJERO LO49 2.5 DIESEL


Bermula minat lama yang telah berputik kembali. Walaupun tidak ramai yang memahami minat terpendam ini akhirnya muncul juga sebuah 4x4 klasik untuk dijadikan permulaan baru yang hebat.

Suatu masa dahulu biasa mengendalikan Land Rover kini beralih kepada Pajero LO49 2.5 Diesel. Walaupun enjin dan prestasi yang agak lembab, cukup sebagai permulaan.

Pajero ini baru keluar dari kedai Used car. Langkah pertama membuat pemeriksaan air cond, wiring dan alarm system. Tak sabar rasanya nak meredah laluan sukar ke kebun.

Perancangan untuk lift up body, tukar tayar, passang snorkel dan roof rack. tunggu.

Isnin, 2 Julai 2012

COOKIES UNTUK TEMPAHAN RAYA 2012



2 Julai 2012- Seperti biasa menjelang Ramadhan mula la sibuk buat sample cookies untuk tempahan. Malam ni bantu isteri membuat adunan. Kami hanya buat choc cips sejak 2008 hingga sekarang. Setiap tahun tak menang dengan tempahan pelanggan sedia ada. Tahun ni cadang nak stop tetapi memikirkan pelanggan tetap buat la juga. Cookies dah sebati dan memang dah jadi pengikat kasih sayang sejak kami kahwin.

Published with Blogger-droid v2.0.4