Sabtu, 26 Mei 2012

MASJID MUKIM KEROH KUALA KRAI


Acap kali bila balik Kelantan singgah di masjid mukim Keroh di Kuala Krai.

Masjid cukup bersih dan terurus dengan baik. Tandas bersih, tempat meletak kereta luas sesuai untuk musafir solat dan beristirehat. Kepada yang berkunjung ke Kelantan jangan lupa singgah. Maklumat lajut boleh ke; Masjidmukimkeroh.blogspot.com

26 Mei 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

LAWATAN KE KEBUN GETAH

Semangat baru sebagai Hang Kebun telah bermula. Pokok getah sekarang dah berumur 1 tahun lambat lagi la nak dapat hasil..sekarang poket je asyik bocor.
Aktiviti hari ini melawat kebun selepas diracun rumpai. Banyak lagi tak diracun disebabkan kesukaran mendapat bekalan air. Buat masa ini hanya ada 2 tong drum sahaja untuk memadah air hujan.
Langkah diambil ialah dengan membeli 4 tong drum berharga Rm 50 setiap satu. Habis lagi duit. Minggu ni juga minta upah jentolak tolak tapak tanaman yang baru. Tak tahu berapa kos habis.
Perancangan minggu depan untuk meracun dan membaja. Harap apa yang dirancang boleh dilaksanakan dgn baik. Jika rakan-rakan ada kemahiran yang sama atau produk berkaitan boleh berhubung dengan saya.

27 Mei 2012;  Gua Musang

Published with Blogger-droid v2.0.4

JALAN RAYA LESUNG BATU


Meredah perjalanan ke Kelantan pada waktu malam amat mencabar dan menakutkan. Perjalanan dari KL ke Kota Bharu dimulakan jam 8.30 malam. Dari Bandar Sunway ke Jalan Kuching melalui Lebuh raya Persekutuan mengambil masa 2 jam. Biasalah KL, perit dan buang masa di jalanan.
Singgah makan nasi kandar di stesen  BP Gombak sebelum meneruskan perjalanan melalui lebuh raya Karak. Bilangan kenderaan begitu banyak dan agak sesak terutama bila ada trailer besar terhenjut-henjut mendaki bukit. Sudah menjadi lumrah perantau dari Kelantan, cuti je mesti balik kampung.
Walaupun perjalanan agak lembab tetapi tetap meriah sebab ada matlamat yang  perlu di buat esoknya.
Melepasi Pekam Kuala Lipis ke Gua Musang cabaran bermula, jalan raya berlesung..elak kiri ada lesung elak kanan ada lesung. Teruknya jalan seakan jalan ini biasa digunakan oleh gajah ataupun spesis jin. Sengsaranya orang Lipis dan Kelantan terpaksa meredah jalan sebegitu.
Jam 4 pagi sampai di Gua Musang dan bermalam di rumah kakanda.

Pantun untuk sesiapa yang berkenaan:

Pergi Kelantan naik helikopter,
Tak pernah rasa jalan berlesung,
Ada hati nak tawan Kelantan ter,
Jalan lupa timbus semua lesung.

# jalan Kuala Lipis - Gua Musang sekarang dlm pembinaan

4:00 a.m 26 Mei 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4