Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Khamis, 7 Februari 2013

Isnin, 17 Disember 2012

MAGGIE KETAM PCB

Setelah sekian lama nak merasa maggie ketam..akhirnya tercapai juga hasrat itu. Ayah mertua pun join sama. kami pesan maggie kari dan 2 ekor ketam sederhana besar. Agak terkejut pada awalnya bila kami diberikan alat penyepit playar dan tukul besi. Rupanya ia akan figunakan untuk memecahkan kulit ketam. Ketam memang fresh dan sedap sekali.Harga amat munasabah maggie 3 orang makan, 2 ekor ketam sederhana besar dan minuman cuma RM50

Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 30 Januari 2012

TERAPI AUDIO: Ayat-Ayat Rukyah

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Banyak khasiat yang boleh diperolehi melalui terapi ini. Maklumat lanjut boleh klik link ini. http://mp3ruqyah.com 

MUAT TURUN MP3 AYAT-AYAT RUKYAH MELALUI LINK DI BAWAH:

<< DOWNLOAD >>

Jumaat, 27 Januari 2012

Video Games dan Kanak-kanak

Kajian-kajian ada membuktikan yang anak-anak yang bermain permainan video kebanyakan cenderung untuk mendapat skor lebih daripada biasa dalam bidang yang melibatkan koordinasi mata-tangan ,  kemahiran pemprosesan maklumat , kecerdasan ruang (spatial ), kemahiran-kemahiran strategi visual , dan kemahiran menyelesaikan masalah bukan lisan.
image

Ianya adalah suatu berita baik, namun banyak penyelidikan tentang kanak-kanak menunjukkan kebimbangan tentang kesan permainan video ini. Antara lain ialah:
- Kandungan berunsur ganas
- Kandungan berusur lucah
- Berpotensi untuk ketagihan psikologi
- Mendorong kanak-kanak untuk lebih berilusi
- Berpotensi untuk mendapat kecederaan fizikal (carpal tunnel syndrome)

Sesungguhnya kita tidak boleh melihat semua isu dari aspek keburukannya sahaja, sebagai ibu bapa kita harus ada satu usaha untuk mengawal dan mencegah permainan ini daripada memberi kesan buruk kepada anak-anak. Ikuti sambungan pada posting akan datang.

Khamis, 10 November 2011

Amalan Zikir Imam Al- Ghazali

Salam sejahtera,

Mari kita berikhtiar untuk mengamalkan zikir ini. Marilah kita amalkannya berterusan (Istiqomah) kerana amalan yang sedikit tetapi dilakukan secara berterusan itu lebih disukai oleh Allah SWT. Semoga bermanfaat buat kita dan keluarga kita.

Rabu, 25 Ogos 2010

TIPS MENASIHATI ANAK AGAR TIDAK DEGIL

Salam sejahtera..petikan ini saya perolehi daripada facebook hasil perkongsian rakan-rakan. Adalah elok jika pembaca blog ini boleh membaca dan amalkannya.Yang baik kita ambil..yang tidak baik kita sisihkan.

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.