Memaparkan catatan dengan label TANAMAN GETAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TANAMAN GETAH. Papar semua catatan

Ahad, 6 Januari 2013

MENGUJI KETAHANAN FIZIKAL: 6 JAN 2013

Salam tahun baru 2013. Tahun baru, umur baru azam baru, kerja baru malah semua baru. Melangkah tahun baru 2013 dengan penuh cabaran.

Cabaran pertama ialah menguji tahap ketahanan Fizikal di usia 38 tahun. Hari ini misi menanam pokok getah bagi menggantikan anak getah yang mati. Seawal bagi membeli bekalan nasi bungkus di stesen bas pekan Gua Musang.

Singgah beli anak getah sebanyak 30 pokok dengan harga RM4.50 dan diberi percuma 8 pokok. Dicampur semua 38 pokok perlu aku tanam hari ni. Cuaca amat baik walaupun hari-hari sebelumnya hujan.

8;30 a.m- Makan dengan bermejakan bonet pajero. Terus mengangkut polibeng anak getah mendaki cerunan bukit untuk menyusun anak-anak pokok getah sebelum digali lubang dan tanam.

12.00 p.m Siap angkut dan susun. Memang cukup panas dan memenatkan..5 polibeng sekali angkut mendaki bukit amat memeritkan. Tak tahan penat dan panas, rehat seketika untuk makan tengahari.

1.00 p.m teruskan menggali dan tanam pokok getah.

4.30 p.m siap tanam pokok.memang tergesa-gesa sebab perlu bertolak balik KL. esok kerja la pulak.

6.00 p.m siap mandi n bertolak balik KL

11.00 p.m selamat sampai..lutut sakit.

wajah peladang tegar
Melihat lautan ladang yang diusahakan oleh rakan kaum cina..mereka ada wawasan dan modal yang besar.
Catatan ini untuk tatapan anak-anak ayah. Betapa getir perjuangan untuk meneruskan pemilikan dan legasi anak-anak nanti.

Jumaat, 7 Disember 2012

TRIP GUA MUSANG..8 DIS 2012


Seawal jam 7 pagi dah bertolak ke Gua Musang ditemani anak kesayangan. Cuba memberi pendedahan kerja sebagai peladang kepada anak.

Misi kali ini untuk memantau kerka menebas dan membaja.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 26 Mei 2012

LAWATAN KE KEBUN GETAH

Semangat baru sebagai Hang Kebun telah bermula. Pokok getah sekarang dah berumur 1 tahun lambat lagi la nak dapat hasil..sekarang poket je asyik bocor.
Aktiviti hari ini melawat kebun selepas diracun rumpai. Banyak lagi tak diracun disebabkan kesukaran mendapat bekalan air. Buat masa ini hanya ada 2 tong drum sahaja untuk memadah air hujan.
Langkah diambil ialah dengan membeli 4 tong drum berharga Rm 50 setiap satu. Habis lagi duit. Minggu ni juga minta upah jentolak tolak tapak tanaman yang baru. Tak tahu berapa kos habis.
Perancangan minggu depan untuk meracun dan membaja. Harap apa yang dirancang boleh dilaksanakan dgn baik. Jika rakan-rakan ada kemahiran yang sama atau produk berkaitan boleh berhubung dengan saya.

27 Mei 2012;  Gua Musang

Published with Blogger-droid v2.0.4