Ahad, 28 Julai 2013

KEPENTINGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Orang yang cemerlang beranggapan Tiada apa yang lebih bermakna yang boleh dilakukan dalam hidupnya selain daripada dapat berinteraksi lebih bermakna dengan orang lain. Malah,  Daniel Goleman menyatakan bahawa kecerdasan emosi (EQ) semasa berinteraksi lebih penting daripada kecerdasan IQ kita.

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan ini: "Orang tidak tahu berapa banyak yang anda tahu, sehingga mereka tahu berapa banyak anda mengambil berat atau ambil tahu."  Dale Carnegie pernah berkata: " People are not creatures of logic. They are creatures of emotion"

Interaksi kita dengan orang lain memberi gambaran kehidupan dan kerjaya kita, sudah tentu yang paling pentingnya ialah hubungan kerja. kita menghabiskan sekurang-kurangnya lapan jam setiap hari di tempat kerja. Untuk kita menjadi berkesan dalam kerja kita, kita perlu berurusan dengan orang ramai, dan kita perlu berurusan dengan mereka secara lebih berkesan untuk berjaya dalam kerja kita. Ia adalah salah satu pakej lengkap untuk cemerlang.

Ganjaran atau faedah yang diperolehi hasil daripada hubungan kerja yang baik semasa di pejabat,  memberi kesan kepada seluruh kehidupan kita, ini boleh dilihat bilamana kita membawa sikap yang baik dan cukup tenaga semasa berada di rumah selepas kerja.

Sabtu, 22 Jun 2013

JEREBU LAGI...


Fenomena Jerebu telah berkali-kali melanda negara kita. 1997 isu ini menjadi mainan pen dan kertas peperiksaan umum PMR, SPM dan STPM. Pelajar-pelajar ghairah membuat karangan subjek Bahasa Melayu dan kertas AM STPM. Begitu gah mengarang pelbagai pro dan kontta masalah jerebu, penuh dengan cadangan yang begitu membina. Serasanya melalui percambahan idea ini akan memberi kelegaan untuk generasi 10 tahun akan datang. Hilang jerebu.

Di peringkat Universiti pelbagai kajian ilmiah merentasi semua kursus atau program pengajian bercerita dan mencari solusi mengatasi masalah jerebu. Mahasiswa dengan kritis dan penuh semangat menanam iltizam membasmi jerebu untuk kesejahteraan sejagat.

2005 aku mula berpesan kepada kanak-kanak seusia 6 tahun. Jika awak semua dewasa nanti jadilah jurutera yang amanah supaya jambatan tidak runtuh, jika anda jadi doktor jadilah doktor yang minat dan iklhlas supaya kita tidak menjadi doktor yang suka menyergah pesakit, jika anda hendak menjadi guru jadilah guru yang cintakan ilmu bukanya menjadi guru yang mengejar wang, jika anda ingin menjadi pengurus ladang jadilah pengurus ladang yang tidak membakar hutan.

Daripada tahun 1997 muncullah generasi yang menyebabkan jerubu Jun 2013. Generasi umur 6 tahun pada tahun 2005 akan dijangka menghasilkan jerebu pada tahun 2020. Itulah kelestarian kita.

Kaeadah termudah dan murah, pertimbangan kos effektif, pengurusan operasi ladang yang cekap dan menjimatkan. Itulah pertimbangan cetek yang menjadi punca jerebu. Bertanggungjawablah kita kerana kita menyedut udara yang sama. Adakah selepas kita nyalakan api kita boleh naik jet peribadi untuk menyedut udara bersih di Himalaya. Tidak semua mampu berbuat demikian. Kita tetap menyedut udara yang sama.

Sabtu, 13 April 2013

KELAS MENUNGGANG KUDA

Pagi ini sambil-sambil melihat diskaun menarik yang ditawarkan oleh Groupon, terpandang diskaun belajar menunggang kuda merentasi trek hutan. Idea untuk hobi yang menarik untuk dicuba.

Pusat latihan ini terletak di Lenggeng Negeri Sembilan. Jika berminat boleh melayari laman web ini. http://asequine.blogspot.com

Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 4 April 2013

KENAPA KANAK-KANAK BERKELAKUAN TIDAK BAIK?




Rudolph Dreikurs menyifatkan empat sebab kanak-kanak berkelakuan buruk:
1. Untuk mendapat perhatian.
2. Untuk mendapatkan kuasa dan kawalan.
3. Untuk membalas dendam.
4. Untuk menunjukkan perasaan kekurangan.

Kanak-kanak sering merasakan bahawa mereka tidak mendapat pengiktirafan yang mereka impikan. Ini adalah perkara biasa dan juga produktif - ia merangsang keinginan mereka untuk komunikasi dan kesedaran mereka sendiri. Biasanya, kanak-kanak mendapat perhatian yang mereka perlukan dengan perbuatan baik mereka. Kadang-kadang, kanak-kanak tersilap percaya bahawa mereka boleh mendapatkan perhatian yang sama dengan kelakuan buruk. Selalunya, ia berhasil ! Apabila kanak-kanak berasa seperti mereka tidak tergolong, atau terasing daripada yang lain, mereka berbuat jahat sebagai satu cara untuk mendapat status sosial. Apabila mendapat perhatian ini berhasil, mereka bergerak ke, matlamat lebih sengit,: Untuk mendapatkan kuasa dan kawalan.

Apabila mendapat kuasa ke atas orang lain untuk merasa lebih baik berbanding orang lain tidak berjaya, mereka menjadi marah dan mahu membalas apa yang mereka anggap sebagai kelakuan buruk orang lain (tidak mengiktiraf mereka). Ini adalah matlamat membalas dendam.

Akhirnya, apabila semua telah gagal untuk membantu kanak-kanak berasa lebih diberi perhatian dalam kalangan komuniti mereka (keluarga, kelas di sekolah, gereja atau kuil kumpulan, dan lain-lain), mereka merasa bahawa tiada apa yang mereka boleh lakukan untuk berasa penting, dan ini ditunjukkan melalui tingkah laku mereka. 

Isnin, 1 April 2013

MEMBINA APLIKASI ANDROID TANPA KEMAHIRAN CODING

Salam sejahtera terutamanya kepada warga pendidik, Google telah mengumumkan penggunaan  App Inventor for Android. Ianya bagi membolehkan pengguna membangunkan sendiri aplikasi android tanpa kemahiran coding. Hanya drag n drop spertimana mebina laman blog sahaja.

Saya telah mencuba mendaftar masuk, paparanya agak menaraik dan dilengkapi tutorial mudah.


Untuk mengetahuinya boleh klik link ini http://appinventor.mit.edu/ login akaun google diperlukan. Selamat Mencuba.

PERISIAN PDF SPLIT AND MERGE

Perkongsian perisian untuk cantum dan ceraikan dokumen PDF anda. Perisian PDF Split and Merge ini mampu melakukannya.

Anda boleh ceraikan dokumen PDF kepada pecahan mukasurat, dengan cara ini anda boleh menjimatkan ruang simpanan. mudah untuk dapatkan mukasurat yang diingini sahaja.

Disamping itu juga perisian ini juga boleh mencantumkan mukasurat-mukasurat PDF yang berlainan menjadi satu.

Anda boleh muat turun perisian ini melalui link di bawah. Ianya adalah perisian open source dan tidak dikenakan bayaran. Selamat mencuba.


http://www.pdfsam.org/download/

ASPIRIN BOLEH MEMBANTU MENCEGAH KANSER



Mengambil aspirin hanya seminggu sekali boleh membantu melindungi daripada kanser. Pakar di Universiti Queen  Belfast membuat kesimpulan bahawa 22 peratus orang lebih berkemungkinan dapat mengelakkan  kanser kepala dan leher jika mereka mengambil aspirin pada setiap minggu dan secara bulanan.Aspirin yang paling berkesan mencegah kanser mulut dan tekak.

Aspirin dikatakan boleh menghalang kesan protein yang terlibat dalam keradangan yang ditemui dalam beberapa jenis kanser.

Sumber: Daily Express Saturday March 30 2013


Jumaat, 29 Mac 2013

KAWALAN KANSER: Program WHO


Panduan WHO bagi program-program yang berkesan

Satu panduan praktikal bagi pengurus program bagaimana untuk merancang keseluruhan kawalan kanser dengan berkesan, menurut sumber-sumber yang sedia ada dan mengintegrasikan kawalan kanser dengan program untuk lain-lain penyakit kronik dan masalah yang berkaitan. 

Penerbitan ini adalah siri enam modul kawalan kanser:

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DI GOLDEN HORSES HEALTH SANCTUARY, SRI KEMBANGAN SILA KLIK LINK DI BAWAH

http://www.mahizan.com/p/blog-page.html

Kawalan ICancer: pengetahuan kepada tindakan


Pada tahun 2005, 7.6 juta orang meninggal dunia akibat kanser. Lebih daripada 70% daripada kematian berlaku di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. WHO telah membangunkan satu siri enam modul yang menyediakan nasihat praktikal untuk pengurus program dan pembuat dasar tentang bagaimana untuk menyokong, merancang dan melaksanakan program kawalan kanser yang berkesan, terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Panduan WHO adalah tindak balas kepada resolusi Perhimpunan Kesihatan Sedunia mengenai pencegahan kanser dan kawalan (WHA58.22), yang diguna pakai pada Mei 2005, yang menyeru kepada negara-negara anggota untuk memperhebatkan tindakan terhadap kanser dengan membangunkan dan memperkukuh program kawalan kanser.

Ringkasan program

Isnin, 11 Februari 2013

DEMAM KOPITIAM DI KOTA BHARU


Lepas Maghrib 11 Februari 2013. Malam ni berasa malas nak buat semua benda. Melepak di rumah mertua di Jalan Che Majid Wakaf Siku, Kota Bharu negeri Kelate. Malam ni mertua gantung periuk, kawe pulok malasnya tahap gaban sampai nak undur kereta keluar garaj pun beraso malas.

Timbul idea malas nak ajak mertua makan di kopitiam tepi rumah. Selesai gamoknya buah malas aku sekali ni.

Bila sebut kopitiam, kalu di Kolo Lumpur ambo boleh bayang keselesaan, lemak manis minuman dan kelainan makanan yang dihidang. Layanan pun kira A lah.

Ambo tak pernah masuk mana-mana kopitiam di Klate ni, maklum la sekali sekalo balik kalu buleh nak makan hok tradisi. Kalu adik kakok mari di KB ni, koptiam tumbuh macam cendawan lepas hujan. Mungkin sebab tak banyak bar, bistro dan lain-lain tempat lepak hok ganas sikit kiro ada kopitiam pun jadi lah.

Masuk la ambo ke kopitiam yang namanya kiro macam sohor jugok. Kelih ko ore hok masuk nampok macam kelas berada, ini kelainan berbanding KL. Oda lah ambo, mertua ambo hok tiap hari dok lalu tepi kopitiam pun tak pernah masuk. Bekali gerun ingat kopitiam ni tempat golongan bangsawan kot. Sambil dok termenung tengok dah sejam hok dioda tak siap-siap. Sobar-sobar, beley-beley dok sobar ada doh customer lain dok bising-bising marah. Aiii bercelaru weh..boleh tumpah darah kalu lagu ni. Tunggu punya tunggu hok kawe tak sampai lagi. Isteri n mertua dah siap makan. Dah lama sangat ambo gi tanya dengan baik...tunggu meta bey...akhirnya siap la bee hoon goreng ambo...siap ada ayam goreng..minyok berladung atas bee hoon. Jaakk tikam ayam goreng, meleleh tubik darah ayam tadi. Buat ko lorat goreng ayam pun tak masak. Parok sungguh, kawe suruh dia goreng sekali lagi.

Ambo balik termenung di jendela, mula2 masuk kopitiam di KB terasa macam masuk tempat elit tapi bila dah terkeno lagu ni sero macam hampeh. Semula ambo tak masuk doh,berasa loya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, 10 Februari 2013

KASIH AYAH DAN IBU


Maghrib 8 Februari 2013: Salam sejahtera kepada ayah dan ibu serta bakal ayah dan ibu. Sekadar mengingatkan diri sendiri.

Setelah bergelar ayah kepada dua orang anak baru tahu betapa besar pengorbanan kedua ibu bapa kita berhempas pulas membesarkan kita. Dikala kita mengusap sayang rambut anak kita, di saat kita gusar bila anak kita sakit, disaat kita terpaksa berjimat untuk membeli keperluan harian mereka. Terfikirkah kita perkara samalah yang dilakukan oleh kedua ibu bapa kita. Ya Allah ampunkanlah dosaku, Dosa kedua ibu bapaku, sesungguhnya aku tidak mampu membalas jasa keduanya, berilah aku peluang dan ruang untuk membahagiakan keduanya.

Anak ayah Amir n Aisyah, ketahuilah kami curahkan sepenuh kasih sayang sebagaimana kedua ibu bapa kami curahkan kepada kami dahulu. Kami berusaha berikan yang terbaik. Kami risau dan bimbang bila abang n adik sakit, kami carikan nursey terbaik untuk abang n adik, kami korbankan perbelanjaan peribadi kami untuk belikan keperluan abang n adik. Semuanya untuk kebagagiaan abanf dan adik.

Sesungguhnya Allah Maha besar. Diciptakan malam dan siang, dikurniakan rezeki, harta benda, anak pinak semata-mata sebagai ujian dan cubaan untuk manusia yang berfikir. KurniaanMu Amir dan Aisyah hari ini telah menyedarkanku pengorbanan kedua ibubapaku. Maha suci Allah aku bersyukur kerana telah membuka pintu hatiku. Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 31 Januari 2013

DOKTOR PAKAR KERAMAT AU 2

31 Jan 2013 jam 9 malam ke Jusco Keramat AU 2 untuk beberapa urusan. Bawa la sekali abang n adik. Adik comel matanya merah dan berair, dah dua hari.

Tergerak di hati untuk ke klinik di deretan kedai di Keramat AU 2. Nak cuba khidmat doktor sekitar situ, mana la tahu kot2 keramat.

Klinik terletak di deretan kedai dan pusat tuisyen. klonik milik bumiputere kelihatan suram-suram lampunya jika dilihat dari luar. pelanggan tak ramai, dalam hati terdetik gembira mesti cepat ni. kelihatan remaja perempuan ditemano si ayah..bila nama dipanggil terus masuk. Tak sampai 2 minit dah keluar. Si ayah kelihatan terkejut dan bertanya ada ke doktor periksa suhu atau apa2. budak tu geleng kepala. Tiba giliran adik doktor tanya sakit apa n terus bagi ubat. Tak periksa pun mata. Rasanya doktor ini memang pakar, bunyi tapak kaki pesakit kat luar dah tahu sakit apa kot. Tak apa la ambil je ubat. 3 jenis ubat diberikan dan harga cuma RM 30. cukup murah. Macam2 berlegar dalam kepala..betul ke dia tu doktor atau anak doktor yang saje main-main masa mak dia tak ada. Tak disangka profesion bertaraf profesional boleh buat kerja sebegitu. Berilah perkhidmatan terbaik sesuai dgn pengiktirafan diberikan.

Published with Blogger-droid v2.0.4