Ahad, 10 Februari 2013

KASIH AYAH DAN IBU


Maghrib 8 Februari 2013: Salam sejahtera kepada ayah dan ibu serta bakal ayah dan ibu. Sekadar mengingatkan diri sendiri.

Setelah bergelar ayah kepada dua orang anak baru tahu betapa besar pengorbanan kedua ibu bapa kita berhempas pulas membesarkan kita. Dikala kita mengusap sayang rambut anak kita, di saat kita gusar bila anak kita sakit, disaat kita terpaksa berjimat untuk membeli keperluan harian mereka. Terfikirkah kita perkara samalah yang dilakukan oleh kedua ibu bapa kita. Ya Allah ampunkanlah dosaku, Dosa kedua ibu bapaku, sesungguhnya aku tidak mampu membalas jasa keduanya, berilah aku peluang dan ruang untuk membahagiakan keduanya.

Anak ayah Amir n Aisyah, ketahuilah kami curahkan sepenuh kasih sayang sebagaimana kedua ibu bapa kami curahkan kepada kami dahulu. Kami berusaha berikan yang terbaik. Kami risau dan bimbang bila abang n adik sakit, kami carikan nursey terbaik untuk abang n adik, kami korbankan perbelanjaan peribadi kami untuk belikan keperluan abang n adik. Semuanya untuk kebagagiaan abanf dan adik.

Sesungguhnya Allah Maha besar. Diciptakan malam dan siang, dikurniakan rezeki, harta benda, anak pinak semata-mata sebagai ujian dan cubaan untuk manusia yang berfikir. KurniaanMu Amir dan Aisyah hari ini telah menyedarkanku pengorbanan kedua ibubapaku. Maha suci Allah aku bersyukur kerana telah membuka pintu hatiku. Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan