Ahad, 19 Oktober 2014

HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN ADALAH SUMBER REZEKI DAN ILMU

Suatu petang di pejabat saya dikunjungi seorang kaunselor. Beliau bertanya tahun ni ramai tak klien datang berurusan di pejabat. Saya jawablah tahun ini tidak ramai. Saya bertugas menguruskan permohonan dan rayuan client di sebuah jabatan kerajaan. Sebetulnya memang tahun ini tidak ramai yang datang membuat rayuan. Kaunselor berkenaan mengatakan mungkin kerana mereka telah diberi penjelasan berkenaan dengan proses dan faham. Dalam masa singkat beliau sempat memahamkan saya tengang hubungan dengan manusia adalah sumber rezeki dan ilmu bagi kita.

Saya bukanlah seorang agamawan, kaunselor, mursyid dan sewaktu denganya. Gelaran hanya diangkat oleh masyarakat sekeliling dan tidak dapat kita wariskan dan bawa ke kubur. Menyentuh kenyataan tadi saya cuba memahami ada juga kebenarannya. Teringat sewaktu mula masuk di jabatan ini, saya memang kekok, malu, tertekan semasa melayan masalah pelanggan. Setiap kali ada pelanggan nak jumpa perut mula memulas. kini melalui pengalaman, saya mendapat banyak ilmu. Saat menyusahkan saya dahulu kini menjadi cukup mudah. Saya dapat melayan klien dengan tenang. 

Melalui hubungan dengan klien ini secara tidak langsung mewujudkan hubungan silaturrahim. Orang yang tidak memutuskan silaturrahim rezekinya bertambah. Pelbagai latar kehidupan saya jumpa, daripada polis, tentera, hinggalah kepada petani saya jumpa. Kebetulan saya minat berkebun ditakdirkan suami klien saya tauke nursery, dapatlah saya merujuk untuk dapat panduan berkebun.

Bagi rakan-rakan yang berniaga layanlah pelanggan anda dengan baik. walaupun dia tidak membeli barangan kita tetapi melalui jalinan persahabatan nescaya suatu hari dia akan menjadi pelanggan kita. Bagi rakan-rakan pendidik, kenali dan sayangi anak didik kita. Semoga niat suci kita memberi kepuasan kerja dan menjadi magnet rezeki kepada kita.

Sabtu, 18 Oktober 2014

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M), ADA YANG SUKA DAN ADA YANG TIDAK SETUJU

Selamat berhujung minggu, sambil-sambil melayari internet ala-ala santai di rumah adalah terbaca satu kritikan sinis berkenaan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada golongan yang disasarkan sebagai layak menerima bantuan ini. Saya bukan seorang ahli politik, sekadar penjawat awam dan rakyat biasa yang tidak layak dapat bantuan ini. Apa yang terasa terusik ialah apabila nilai RM yang diberikan oleh kerajaan itu disiniskan sebagai suatu jumlah yang tidak cukup untuk diklasifikasikan sebagai untuk bermewah. Dulu RM500 sekarang bertambah nilainya disertakan perlindungan insurans. Kritikan ditujukan kepada kenyataan pak menteri yang mengatakan penerima BR1M jangan gunakan untuk bermewah dengan pemberian itu. Nilai Rm500 atau RM650 adalah berbeza nilainya jika ditafsirkan dari sudut latar sosioekonomi isirumah. Bagi yang pendapatan isirumahnya RM10 ribu sebulan nilai RM500 cukup sekadar sekali pergi berbelanja di Mydin sahaja. Bagi yang pendapatan isirumahnya RM1500 ianya adalah amat bermakna dan sebagai panadol sementara bagi penjajaran dan menampung lubang-lubang hutang yang semakin meningkat.Itupun jika tidak digunakan untuk tujuan mewah, mewah jika diukur dengan periuknya seperti untuk beli handphone baru, tukar rim kereta, beli rokok dan sebagainya.



Tidak dinafikan trend perbelanjaan isirumah semakin meningkat terutamanya perbelanjaan perumahan dan keperluan makan dan minum. Hal ini ditambah dengan penurunan harga getah dan kenaikan harga petrol amat besar kesanya kepada isirumah. Pemberian yang sedikit ini sekurang-kurangnya dapat menjadi pengubat sementara kepada kesan ini.

Walaubagaimanapun kerajaan juga perlu merangka satu pelan jangka panjang bagi mengurangkan kesan ini. Nilai BR1M yang sedikit tadi jika dijumlahkan akan menjadi nilai cecah bilion RM. Nilai ini dicadangkan jika dapat digunakan untuk belanja pembangunan atau menampung subsidi minyak mungkin akan dinikmati oleh semua pihak. Ini pandangan pihak yang tidak berapa suka selain banyak lagi pandangan yang boleh kerajaan fikirkan.

Pada pandangan sebagai rakyat biasa  BR1M tidak memberi apa-apa kesan jika kita bersyukur dan tidak merungut. Mekanisme pengurusan kewangan isirumah perlu diselarikan dengan keadaan ekonomi semasa. Ukur baju di badan sendiri, besar peruik besarlah keraknya. Ingat bila melihat ukuran baju kita besar jangan dilupa orang yang tidak mampu untuk membeli baju. Didiklah anak kita supaya bersyukur dengan rezeki yang ada dan tidak memandang rendah kepada rezeki yang diberikan oleh tuhan. Tidak ada orang yang ingin hidup susah cuma cara menjemput rezeki dan kurniaan kepadanya belum tiba lagi. Bagi yang ada ilmu dan kemahiran sama-sama kita gunakan saluran-saluran sedia ada untuk membantu mendidik umat kearah memantapkan lagi pengurusan kewangan.

* Ini adalah sekadar pandangan peribadi dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak

Jumaat, 17 Oktober 2014

CARA MENYELESAIKAN MASALAH LAPTOP LENOVO T400 TIDAK BOLEH SWITCH ON


Saya ada menggunakan laptop lama Lenovo T400, masih boleh berfungsi dengan baik untuk urusan kerja pejabat dan kadang-kadang di kenjan oleh anak untuk gaming. Saya amat terkejut bila suatu hari laptop tersebut tidak boleh switch on. Tekan butang power tiada respon dan tiada apa-apa bunyi. pelbagai usaha dibuat daripada cabut bateri sehinggalah kepada keluarkan bateri motherboard, kononya untuk clearkan CMOS.

Saya cuba mencari penyelesaian dengan mencari daripada Google, pelbagai teori dan cara digunakan tetapi tidak berjaya. Akhirnya hantar kepada member untuk ditilik apakah nasib laptop ini. Member syak motherboard dah terbakar, kos gantinya mungkin cecah RM400-RM600..uhhh mahal betul kalau ikutkan harga laptop lenovo sama model yang second hand pun harga dalam RM6++. Buntu seketika.

Akhirnya saya bawa ke kedai menjual dan repair komputer second hand di GM Klang (APEX ). Setelah 2 minggu berada dalam ward, akhirnya baru jumpa apa masalah sebenar laptop ini.  Rupa-rupanya butang powernya dah rosak. Mengikut kata brader kat APEX model T400 jika nak betulkan butang tersebut kena tukar keyboard baru, harganya RM160. Alhamdulillah terus jadi tak perlulah beli laptop baru. Selagi boleh guna dan paraktikal digunakan pakailah lagi lenovo T400 ni.

Jika berhajat nak beli laptop second hand atau repair laptop anda, bolehlah berkunjung ke Apex, GM Klang sambil-sambil beli barangan borang yang banyak dijual kat situ. Alhamdulillah n TQ.