Ahad, 19 Oktober 2014

HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN ADALAH SUMBER REZEKI DAN ILMU

Suatu petang di pejabat saya dikunjungi seorang kaunselor. Beliau bertanya tahun ni ramai tak klien datang berurusan di pejabat. Saya jawablah tahun ini tidak ramai. Saya bertugas menguruskan permohonan dan rayuan client di sebuah jabatan kerajaan. Sebetulnya memang tahun ini tidak ramai yang datang membuat rayuan. Kaunselor berkenaan mengatakan mungkin kerana mereka telah diberi penjelasan berkenaan dengan proses dan faham. Dalam masa singkat beliau sempat memahamkan saya tengang hubungan dengan manusia adalah sumber rezeki dan ilmu bagi kita.

Saya bukanlah seorang agamawan, kaunselor, mursyid dan sewaktu denganya. Gelaran hanya diangkat oleh masyarakat sekeliling dan tidak dapat kita wariskan dan bawa ke kubur. Menyentuh kenyataan tadi saya cuba memahami ada juga kebenarannya. Teringat sewaktu mula masuk di jabatan ini, saya memang kekok, malu, tertekan semasa melayan masalah pelanggan. Setiap kali ada pelanggan nak jumpa perut mula memulas. kini melalui pengalaman, saya mendapat banyak ilmu. Saat menyusahkan saya dahulu kini menjadi cukup mudah. Saya dapat melayan klien dengan tenang. 

Melalui hubungan dengan klien ini secara tidak langsung mewujudkan hubungan silaturrahim. Orang yang tidak memutuskan silaturrahim rezekinya bertambah. Pelbagai latar kehidupan saya jumpa, daripada polis, tentera, hinggalah kepada petani saya jumpa. Kebetulan saya minat berkebun ditakdirkan suami klien saya tauke nursery, dapatlah saya merujuk untuk dapat panduan berkebun.

Bagi rakan-rakan yang berniaga layanlah pelanggan anda dengan baik. walaupun dia tidak membeli barangan kita tetapi melalui jalinan persahabatan nescaya suatu hari dia akan menjadi pelanggan kita. Bagi rakan-rakan pendidik, kenali dan sayangi anak didik kita. Semoga niat suci kita memberi kepuasan kerja dan menjadi magnet rezeki kepada kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan