Ahad, 28 Julai 2013

KEPENTINGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Orang yang cemerlang beranggapan Tiada apa yang lebih bermakna yang boleh dilakukan dalam hidupnya selain daripada dapat berinteraksi lebih bermakna dengan orang lain. Malah,  Daniel Goleman menyatakan bahawa kecerdasan emosi (EQ) semasa berinteraksi lebih penting daripada kecerdasan IQ kita.

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan ini: "Orang tidak tahu berapa banyak yang anda tahu, sehingga mereka tahu berapa banyak anda mengambil berat atau ambil tahu."  Dale Carnegie pernah berkata: " People are not creatures of logic. They are creatures of emotion"

Interaksi kita dengan orang lain memberi gambaran kehidupan dan kerjaya kita, sudah tentu yang paling pentingnya ialah hubungan kerja. kita menghabiskan sekurang-kurangnya lapan jam setiap hari di tempat kerja. Untuk kita menjadi berkesan dalam kerja kita, kita perlu berurusan dengan orang ramai, dan kita perlu berurusan dengan mereka secara lebih berkesan untuk berjaya dalam kerja kita. Ia adalah salah satu pakej lengkap untuk cemerlang.

Ganjaran atau faedah yang diperolehi hasil daripada hubungan kerja yang baik semasa di pejabat,  memberi kesan kepada seluruh kehidupan kita, ini boleh dilihat bilamana kita membawa sikap yang baik dan cukup tenaga semasa berada di rumah selepas kerja.