Sabtu, 23 Jun 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

SEPANG BIO PLANT SDN.BHD

Sepang 23 Jun- Pagi ni ke Sepang Bio Plant untuk membuat tempahan benih pisang tisu kultur. Kedatangan disambut mesra oleh En. Abd Rahman dan Wak Pan. Diberi tunjuk cara untuk menyediakan nursery.

- polibeg hitam 3 x 6 inci

- nisbah campuran tanah 3:2 top soil dan pasir serta 3 tahi ayam.

- tahi ayam proses dalam bentuk pallet.

- teduhan kena netting 50% telus cahaya. Peringkat 7 hari pertama kena 2 lapis teduhan.

- pembajaan 2 minggu sekali menggunakan baja npk 15:15:15.

- penyiraman secara manual.

- 60 hari benih dah sedia untuk di pindahkan ke ladang.

Terima kasih diucapkan kerana banyak memberi tunjuk ajar. Buat permulaan telah tempah 1000 planklet tisu kultur pisang berangan intan. Banyak lagi proses perlu dibuat nanti. Semoga diberi kekuatan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 22 Jun 2012

RESTORAN MURNI PJS 8 BANDAR SUNWAY

Saat paling indah adalah ketika bersama keluarga. Walaupun penat dan letih melayan kerenah anak tetapi ianya amat mengembirakan.

Syukur, malam ini Umi belanja ayah n Amir makan di Restoran Murni. Adik tidur nyenyak. Terima kasih sayang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 21 Jun 2012

LAKSA DAN CENDOL @ SUBANG HEIGHTS

Setiap petang perjalanan balik dari tempat kerja melalui Subang Heights sentiasa tertarik dgn gerai cendol tepi jalan yang sentiasa dikerumuni orang. Hari ni singgah la merasa. Memang sedap. Kuah laksanya pekat dan cukup rasa..cendol pun sedap. Jika lalu ikut situ bolehlah singgah


Published with Blogger-droid v2.0.4

JEREBU DAN DEBU

Gua Musang 16 Jun: Misi bersih kebun masih lagi tak siap. Minggu ini cuaca panas dan berdebu..keadaan bertambah teruk lagi dengan keadaan jerebu. Perancangan awal untuk menanam pokok getah baru tetapi tergendala kerana difahamkan dah dua minggu tak hujan. Aktiviti diteruskan dengan membaja pokok. Keadaan cukup panas dan kering. Lori balak keluar masuk menyebabkan debu tebal melekat pada daun pokok. Cabaran perlu diredah.


Published with Blogger-droid v2.0.4