Sabtu, 23 Jun 2012

SEPANG BIO PLANT SDN.BHD

Sepang 23 Jun- Pagi ni ke Sepang Bio Plant untuk membuat tempahan benih pisang tisu kultur. Kedatangan disambut mesra oleh En. Abd Rahman dan Wak Pan. Diberi tunjuk cara untuk menyediakan nursery.

- polibeg hitam 3 x 6 inci

- nisbah campuran tanah 3:2 top soil dan pasir serta 3 tahi ayam.

- tahi ayam proses dalam bentuk pallet.

- teduhan kena netting 50% telus cahaya. Peringkat 7 hari pertama kena 2 lapis teduhan.

- pembajaan 2 minggu sekali menggunakan baja npk 15:15:15.

- penyiraman secara manual.

- 60 hari benih dah sedia untuk di pindahkan ke ladang.

Terima kasih diucapkan kerana banyak memberi tunjuk ajar. Buat permulaan telah tempah 1000 planklet tisu kultur pisang berangan intan. Banyak lagi proses perlu dibuat nanti. Semoga diberi kekuatan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan