Seorang rakanbaik mengadu semua folder di dalam pendrivenya telah bertukar menjadi shortcut. Kesemua fail dalam folder tidak kelihatan(invisible), apabila di scan menggunakan antivirus tidak dapat menyelesaikan masalah, malah keluar notis “windows cannot find f:recycler……exe, bertambah haru biru dan panik
Jangan panik, ini adalah serangan virus dan mungkin malware. Jangan terus format pendrive anda kerana ianya akan menyebabkab kesemua data akan hilang. Saya cuba membantu dengan menggunakan langkah berikut:
1. Periksa huruf yang mewakili pendrive anda contohnya; ( K )
2. klik START > RUN > taip cmd kemudian klik OK
3. Jika pendrive anda ialah K kemudia taip K: dalam arahan ini ( attrib -h -r -s /s /d k: *.* ) kemudian ENTER.
4. Sekarang semua fail anda akan kelihatan semula..peringatan penting pastikan anda sentiasa update antivirus agar tiada serangan lagi.
baru jerkk terdelete shortcut toh.nyesal nyew rasa
BalasPadam