Jumaat, 9 Mac 2012

Tips: Kredibiliti Perlu di jaga

Kredibiliti ialah sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan. Saya terpanggil untuk menulis berkenaan KREDIBILITI ini kerana saban hari saya sendiri berusaha untuk meningkatkan kredibiliti diri supaya ahli keluarga, rakan-rakan, majikan dan staff di tempat kerja seterusnya anggota masyarakat menaruh kepercayaan tinggi kepada kita.

Sekadar renungan bersama, bukan mengharap tetapi jika kita yang memegang amanah boleh diperkotak-katikkan oleh orang bawahan yang mengharapkan kita mampu melaksanakan amanah, kita sendiri tidak arif dan tidak mampu melaksanakan amanah akan menyebabkan kredibiliti tercalar.

Sebagai penjawat awam saya sentiasa berdoa dan berusaha supaya tidak termasuk dalam golongan yang dipertikaikan kredibilitinya. Sebarang teguran dan kesalahan akan diperbaiki dari masa ke semasa. Kita hanya insan biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan