Jumaat, 9 Mac 2012

TIPS ICT: Mengatasi masalah Wifi Selalu Disconnect

image

Saya menggunakan USB wifi di rumah untuk kerja-kerja harian. Kebelakangan ini wifi saya selalu terputus(disconnected). Memang agak memeningkan dan menyakitkan hati. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan tetapi menemui kegagalan. Akhirnya saya berhasrat untuk membeli USB Wifi yang baru. Adakah dengan menukar USB wifi adapter yang baru dapat menyelesaikan masalah?

Daripada pengamatan didapati sebelum ini connection wifi saya agak baik dan daripada senarai signal wifi jiran berdekatan pun tidak banyak. Kebelakangan ini didapati ada banyak signal yang dapat dikesan oleh komputer saya. Ada signal yang lebih kuat daripada signal wifi saya. Saya membuat suatu teori dan andaian mungkin setting wifi komputer saya akan memilih signal yang lagi kuat dan akan disconnect signal wifi saya, walaupun pada hakikatntya wifi jiran adalah secured dan tidak boleh disambung pun. Microsoft oh microsoft.

Penyelesaian:

1. START > RUN > TAPI : services.msc . OK

image

2. cari WINDOWS ZERO CONFIGURATION >right click > klik PROPERTIS

3. Pada STARTUP TYPE tukar daripada AUTO kepada MANUAL

image

Selamat mencuba, saya telah berjaya menyelesaikan masalah saya dengan cara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan