Khamis, 20 September 2012

TRIP PERTAMA PAJERO LO49








14 Sept 2012: Trip solo pertama dengan pajero. Destinasi kali ini ke Pulai, Gua Musang. Misi membersih kebun dan mencari lubuk ikan.

Bertolak jam 8 pagi dengan ditemani anak lelaki kesayangan. Singgah mengisi minyak dan sarapan pagi di stesen petronas Gombak. Perjalanan dilebuh raya cukup lembab. Mendaki bukit dengan gear 3 dan steering box yang ada sedikit masalah cukup membosankan.

Sampai di Raub sempat membeli keperluan nursery. Polibeg, kasut dan lain2 peralatan.

Jam 2 petang sampai Gua Musang dan terus meredah jalan berbatu yang berdebu sejauh 20km. Sasarannya disekitar lombong emas di Pulai. Pajero mula memunjukkan kekuasaanya mampu meredah laluan berbukit tanpa halangan.

Sampai je terus pasang jaring dan menjala ikan. Hasil tangkapan tidak memuaskan dan esoknya akan meredah lebih jauh ke hulu sungai. Pencarian lubuk ikan cukup menyeronokkan. Trip akan datang akan masuk lebih jauh lagi

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan