Isnin, 30 Mei 2011

CARA MENUKAR PDF DOKUMEN KE FORMAT POWERPOINT

Salam sejahtera,
Saya ingin kongsikan satu penyelesaian masalah yang mungkin boleh digunakan oleh guru prasekolah di dalam membina bahan bantu mengajar dikelas prasekolah.
1 Saya tertarik dengan satu broshure yang saya perolehi daripada internet, ianya adalah dalam format pdf. Saya perlukan grafik dan teks dalam broshure tersebut untuk saya sediakan satu slide powerpoint bagi membentangkan kursus selam skuba di pejabat saya. Apa yang perlu saya buat ialah dengan convert dokumen pdf tersebut kepada powerpoint. Terdapat banyak perisian di pasaran yang boleh membantu saya. Dalam kes ini saya memilih perisian Simpo PDF to Powerpoint.
2Langkah pertama ialah dengan “Add PDF(s)” kemudian klik “convert”. Memang amat mudah dan menjimatkan masa. Apa yang menakjubkan ialah hasil yang saya dapat.
3 Inilah hasil yang saya dapat, dokumen pdf tadi telah diconvert ke powerpoint. Grafik dan teks asal sekarang boleh diedit dan boleh ditambah efek animasi sama seperti penyediaan slide pembentangan powerpoint yang lain. Sekarang saya mampu siapkan slide powerpoint dan pembentangan interaktif hasil daripada broshure pdf tersebut. Untuk mendapatkan perisian simpo pdf to powerpoint dan cara menggunakannya sila ikuti sambungan posting ini.
 

2 ulasan: