Selasa, 17 Mei 2011

FONT AVANT GARDE UNTUK BAHAN BANTU MENGAJAR PRASEKOLAH

Salam dan Selamat Hari Guru semoga menjadi guru yang inovatif dan sentiasa mencari pembaharuan dalam menghasilkan Bahan bantu mengajar prasekolah yang terbaik. Bahan bantu mengajar prasekolah yang terbaik adalah hasilan cikgu itu sendiri kerana kita mengetahui kebolehan dan persekitaran murid-murid kita.
font
Saya ingin kongsikan satu jenis font yang sesuai untuk bahan bantu mengajar prasekolah dimana font ini sama dengan bentuk tulisan buku teks KBSR. Font yang dimaksudkan adalalah dalam kumpulan Avant Garde. Banyak Bahan bantu mengajar prasekolah menggunakan font jenis ini. Adalah disarankan kepada guru-guru parasekolah untuk sama-sama hasilkan lembaran kerja, slide powerpoint, bahan bacaan murid-murid dengan menggunakan font ini.

2Terdapat pelbagai jenis font Avant Garde yang biasa digunakan di dalam bahan bantu mengajar prasekolah, antaranya ialah AvantGardeMdITCTT, AvantGardeExtLitITCTT, AvantGarde BK BT dan lain-lain. Anda boleh lihat bentuk font tersebuat di sebagaimana gambar di atas.
3Dengan menggunakan Ms Word dan Ms Powerpoint untuk penghasilan bahan bantu mengajar prasekolah, font tersebut adalah seperti paparan di atas.

Selamat menghasilkan bahan bantu mengajar prasekolah yang menarik dan diharap tips yang saya berikan dapat membantu rakan-rakan guru yang lain. Posting akan datang saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk Install atau memasang font ini di dalam sistem komputer anda.

mahizan.com pc to tv converter coco callogen powerplus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan