Jumaat, 27 Januari 2012

GOLDEN HORSES HEALTH SANCTUARY: My Health Screening Report

ultrasound  ultrasound Abdomen and Pelvis Result
ultrasound1 Ultrasound
cancer-n-urin 
Cancer Screening
macam1macam5 macam2
macam3 macam4 
conclusion
STATUS KESIHATAN SAYA UNTUK TAHUN INI
tax Rebat cukai pendapatan
18 Januari saya telah membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh di Golden Horses Health Sanctuary. Kami diberikan kemudahan bermalam di Hotel Palace Of Golden Horses. Ini merupakan tahun kedua kami sekeluarga menyertai program ini.
Melangkah ke kaunter pendaftaran Golden Horses Health Sanctuary hati mula berdebar kerana telah 36 tahun badan saya tidak pernah diperiksa secara menyeluruh. Kali terakhir pemeriksaan adalah pada tahun 2005 semasa mula-mula memasuki perkhidmatan awam sebagai guru. Pemeriksaan di buat di Hospital Bentong. Pemeriksaan itu hanya pemeriksaan biasa dan tidak menyeluruh. Debaran dan kebimbangan hilang dengan layanan mesra dan bantuan daripada staff yang penuh dedikasi.
Jam 7.45 setelah pendaftaran kami diberi sedikit taklimat berkenaan perjalanan proses pemeriksaan. Pertama sekali pemeriksaan darah diikuti air kencing. Kemudian sesi berjumpa doktor untuk pemeriksaan am. Bagi yang berumur 45 tahun ke atas pemeriksaan tulang perlu dilakukan. Di pertengahan sesi sementara menunggu ujian telinga dan mata kami disediakan sarapan lazat. Menu dihidangkan ubi keledek rebus, jagung dan kacang..cukuplah untuk mengalas perut setelah berpuasa dari jam 12 malam sebelumnya. Jam 11.00 pagi semua proses selesai. Sementara menunggu keputusan dan khidmat perunding kesihatan, kami dihidangkan dengan menu lazat sekali lagi di Carousel Restoran, Hotel Palace Of Golden Horses.
Keputusannya, tahap kolestrol saya tinggi tetapi masih diperingkat biasa, ada bintik-bintik pada hempedu dan uric asid rendah. Setelah diberi penerangan dan nasihat daripada pakar perunding, saya mula boleh bersedia untuk langkah-langkah pencegahan. Tahun depan sedaya mungkin akan cuba memperbaiki lagi rekod kesihatan ke arah yang lebih baik.
Secara keseluruhan perkhidmatan yang disediakan amat baik dan memuaskan hati serta setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

2 ulasan:

  1. the cmp u did is it cost rm2500? the statement of income tax purpose can only rebate rm578 is it?.. how long is ur member? so far is it worth ? ..sorry for asking so many question, just wanna clarify because i'm just join it member..emm..

    BalasPadam
  2. OK, say dah tahun ke-2, harga lebih kurang b dengan hospital swasta lain.Servis bagus dan memuaskan..memang tidak rugi

    BalasPadam