Rabu, 18 Februari 2015

ADAKAH ANDA GEMBIRA DENGAN KERJA ANDA SEKARANG?


Adakah anda merasa gembira dengan pekerjaan anda sekarang? Jika jawapanya YA memberi gambaran anda sebenarnya berada dalam lingkungan minoriti di tempat kerja anda. Ini adalah pandangan pengkaji daripada Gallup’s State of theAmerican Workplace Report yang melaporkan 70% perkerja di Amerika Syarikat tidak merasa gembira dengan kerja yang dilakukan. Ini memberi gambaran yang tidak baik kepada situasi ditempat kerja apatah lagi produktiviti yang diharapkan. Pastinya bagi 70% pekerja ini matlamat kerjanya hanya untuk mendapatkan gaji bagi menyara kehidupan. Kepuasan kerja dan perasaan gembira melaksanakan tugas adalah pada tahap yang rendah. Ketidakpuasan hati, kekecewaan dengan kerja yang dilakukan menyumbang kepada masalah kemurungan dan lain-lain masalah psikologi yang nantinya memberi kesan kepada kebahagian keluarga, masyarakat dan negara.

Walaupun ianya adalah suatu kajian yang latarnya berbeza dengan negara kita, tidak dinafikan fenomena ini juga wujud dikalangan pekerja kita. Ianya harus diambil berat oleh pekerja dan majikan bagi mewujudkan situasi kerja yang menyeronokkan demi kebahagiaan dan pembangunan negara.

Ahad, 19 Oktober 2014

HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN ADALAH SUMBER REZEKI DAN ILMU

Suatu petang di pejabat saya dikunjungi seorang kaunselor. Beliau bertanya tahun ni ramai tak klien datang berurusan di pejabat. Saya jawablah tahun ini tidak ramai. Saya bertugas menguruskan permohonan dan rayuan client di sebuah jabatan kerajaan. Sebetulnya memang tahun ini tidak ramai yang datang membuat rayuan. Kaunselor berkenaan mengatakan mungkin kerana mereka telah diberi penjelasan berkenaan dengan proses dan faham. Dalam masa singkat beliau sempat memahamkan saya tengang hubungan dengan manusia adalah sumber rezeki dan ilmu bagi kita.

Saya bukanlah seorang agamawan, kaunselor, mursyid dan sewaktu denganya. Gelaran hanya diangkat oleh masyarakat sekeliling dan tidak dapat kita wariskan dan bawa ke kubur. Menyentuh kenyataan tadi saya cuba memahami ada juga kebenarannya. Teringat sewaktu mula masuk di jabatan ini, saya memang kekok, malu, tertekan semasa melayan masalah pelanggan. Setiap kali ada pelanggan nak jumpa perut mula memulas. kini melalui pengalaman, saya mendapat banyak ilmu. Saat menyusahkan saya dahulu kini menjadi cukup mudah. Saya dapat melayan klien dengan tenang. 

Melalui hubungan dengan klien ini secara tidak langsung mewujudkan hubungan silaturrahim. Orang yang tidak memutuskan silaturrahim rezekinya bertambah. Pelbagai latar kehidupan saya jumpa, daripada polis, tentera, hinggalah kepada petani saya jumpa. Kebetulan saya minat berkebun ditakdirkan suami klien saya tauke nursery, dapatlah saya merujuk untuk dapat panduan berkebun.

Bagi rakan-rakan yang berniaga layanlah pelanggan anda dengan baik. walaupun dia tidak membeli barangan kita tetapi melalui jalinan persahabatan nescaya suatu hari dia akan menjadi pelanggan kita. Bagi rakan-rakan pendidik, kenali dan sayangi anak didik kita. Semoga niat suci kita memberi kepuasan kerja dan menjadi magnet rezeki kepada kita.

Sabtu, 18 Oktober 2014

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M), ADA YANG SUKA DAN ADA YANG TIDAK SETUJU

Selamat berhujung minggu, sambil-sambil melayari internet ala-ala santai di rumah adalah terbaca satu kritikan sinis berkenaan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada golongan yang disasarkan sebagai layak menerima bantuan ini. Saya bukan seorang ahli politik, sekadar penjawat awam dan rakyat biasa yang tidak layak dapat bantuan ini. Apa yang terasa terusik ialah apabila nilai RM yang diberikan oleh kerajaan itu disiniskan sebagai suatu jumlah yang tidak cukup untuk diklasifikasikan sebagai untuk bermewah. Dulu RM500 sekarang bertambah nilainya disertakan perlindungan insurans. Kritikan ditujukan kepada kenyataan pak menteri yang mengatakan penerima BR1M jangan gunakan untuk bermewah dengan pemberian itu. Nilai Rm500 atau RM650 adalah berbeza nilainya jika ditafsirkan dari sudut latar sosioekonomi isirumah. Bagi yang pendapatan isirumahnya RM10 ribu sebulan nilai RM500 cukup sekadar sekali pergi berbelanja di Mydin sahaja. Bagi yang pendapatan isirumahnya RM1500 ianya adalah amat bermakna dan sebagai panadol sementara bagi penjajaran dan menampung lubang-lubang hutang yang semakin meningkat.Itupun jika tidak digunakan untuk tujuan mewah, mewah jika diukur dengan periuknya seperti untuk beli handphone baru, tukar rim kereta, beli rokok dan sebagainya.



Tidak dinafikan trend perbelanjaan isirumah semakin meningkat terutamanya perbelanjaan perumahan dan keperluan makan dan minum. Hal ini ditambah dengan penurunan harga getah dan kenaikan harga petrol amat besar kesanya kepada isirumah. Pemberian yang sedikit ini sekurang-kurangnya dapat menjadi pengubat sementara kepada kesan ini.

Walaubagaimanapun kerajaan juga perlu merangka satu pelan jangka panjang bagi mengurangkan kesan ini. Nilai BR1M yang sedikit tadi jika dijumlahkan akan menjadi nilai cecah bilion RM. Nilai ini dicadangkan jika dapat digunakan untuk belanja pembangunan atau menampung subsidi minyak mungkin akan dinikmati oleh semua pihak. Ini pandangan pihak yang tidak berapa suka selain banyak lagi pandangan yang boleh kerajaan fikirkan.

Pada pandangan sebagai rakyat biasa  BR1M tidak memberi apa-apa kesan jika kita bersyukur dan tidak merungut. Mekanisme pengurusan kewangan isirumah perlu diselarikan dengan keadaan ekonomi semasa. Ukur baju di badan sendiri, besar peruik besarlah keraknya. Ingat bila melihat ukuran baju kita besar jangan dilupa orang yang tidak mampu untuk membeli baju. Didiklah anak kita supaya bersyukur dengan rezeki yang ada dan tidak memandang rendah kepada rezeki yang diberikan oleh tuhan. Tidak ada orang yang ingin hidup susah cuma cara menjemput rezeki dan kurniaan kepadanya belum tiba lagi. Bagi yang ada ilmu dan kemahiran sama-sama kita gunakan saluran-saluran sedia ada untuk membantu mendidik umat kearah memantapkan lagi pengurusan kewangan.

* Ini adalah sekadar pandangan peribadi dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak

Jumaat, 17 Oktober 2014

CARA MENYELESAIKAN MASALAH LAPTOP LENOVO T400 TIDAK BOLEH SWITCH ON


Saya ada menggunakan laptop lama Lenovo T400, masih boleh berfungsi dengan baik untuk urusan kerja pejabat dan kadang-kadang di kenjan oleh anak untuk gaming. Saya amat terkejut bila suatu hari laptop tersebut tidak boleh switch on. Tekan butang power tiada respon dan tiada apa-apa bunyi. pelbagai usaha dibuat daripada cabut bateri sehinggalah kepada keluarkan bateri motherboard, kononya untuk clearkan CMOS.

Saya cuba mencari penyelesaian dengan mencari daripada Google, pelbagai teori dan cara digunakan tetapi tidak berjaya. Akhirnya hantar kepada member untuk ditilik apakah nasib laptop ini. Member syak motherboard dah terbakar, kos gantinya mungkin cecah RM400-RM600..uhhh mahal betul kalau ikutkan harga laptop lenovo sama model yang second hand pun harga dalam RM6++. Buntu seketika.

Akhirnya saya bawa ke kedai menjual dan repair komputer second hand di GM Klang (APEX ). Setelah 2 minggu berada dalam ward, akhirnya baru jumpa apa masalah sebenar laptop ini.  Rupa-rupanya butang powernya dah rosak. Mengikut kata brader kat APEX model T400 jika nak betulkan butang tersebut kena tukar keyboard baru, harganya RM160. Alhamdulillah terus jadi tak perlulah beli laptop baru. Selagi boleh guna dan paraktikal digunakan pakailah lagi lenovo T400 ni.

Jika berhajat nak beli laptop second hand atau repair laptop anda, bolehlah berkunjung ke Apex, GM Klang sambil-sambil beli barangan borang yang banyak dijual kat situ. Alhamdulillah n TQ.

Khamis, 25 September 2014

CARA UNTUK MENCARI DATA DUPLICATE DALAM MS EXCEL

Bila kita bekerja dengan spreedsheet (MS Excel) dengan pengurusan data yang banyak daripada banyak sheet, kita mungkin akan menjumpai data-data yang duplicate. Ms Excel ada pelbagai cara untuk mencari dan membuang data yang duplicate ini. Antaranya menggunakan cara seperti berikut.

1. GUNA FUNGSI MS EXCEL REMOVE DUPLICATES
 Find Duplicates in Excel Step 1.jpg
  Langkah 1: Pilih/drag cell yang kita nak buang yang duplicate. kita boleh pilih keseluruhan atau sekurang-kurangnya dua row. Dalam kes ini kita pilih/select coulum A.

 Find Duplicates in Excel Step 2.jpg
 Langkah 2: Pada tab DATA > REMOVE DUPLICATES

 Find Duplicates in Excel Step 3.jpg
 Langkah 3: Pada Dialog Box > MY DATA HAS HEADER jika data kita ada header klik pada check box, jika tiada abaikan > klik pada checkbox colum yang kita nak buang duplicate: dlm kes ini hanya satu colum shj iaitu colum A > klik OK, data yang duplicate akan automatik dipadamkan.



2. MENGGUNAKAN FUNGSI CONDITIONAL FORMATING

Langkah 1: Pilih cell data daripada colum yang kita ingin cari data yang duplicate seperti contoh gambar di bawah.

Find Duplicates in Excel Step 13Bullet1.jpg

Langkah 2: Dalam Excel 2007 dan 2010 pada paparan ribon Home > Pilih Conditional Formating dalam segmen Styles.

Find Duplicates in Excel Step 14Bullet2.jpg


Langkah 3:  Pilih Highlight Cells Rules > Duplicates Values

 Find Duplicates in Excel Step 15Bullet2.jpg

 Langkah 4: Pilih opsyen warna bagi cell data yang duplicate > klik ok

  Find Duplicates in Excel Step 16Bullet2.jpg

 Fungsi ini akan memaparkan cell data yang duplicate dengan mewarnakan cell data tersebut. Untuk memadamkan data yang dulicate tadi, kita boleh delete seperti biasa.

Isnin, 15 September 2014

CARA TRACKING MAKLUMBALAS EMAIL YANG KITA HANTAR: GMAIL


Selamat menyambut 16 September 2014 kepada semua. Saya ingin kongsikan pengalaman mengesan email yang kita hantar kepada klien samaada ianya telah dibaca ataupun tidak. Info ini pastinya berguna bagi diri saya yang bekerja menyebarkan maklumat kepada klien menggunakan email. Peniaga online yang menggunakan email untuk hantar email jualan juga boleh menggunakan info ini. Anda akan tahu email yang dihantar telah mendapat respon dan boleh membuat tindakan susulan bagi mendekati prospek anda. Bagi penjawat awam, email-email yang dihantar kepada staf bwahan dapat dipantau tindak balasnya. Bagi pendidik email kepada pelajar dan ibu bapa dapat dipantau dan dibuat analisa.

Perisian ini khusus kepada pengguna gmail melalui extention Google Chrome iaitu Yesware Email Tracking. Ianya percuma untuk fungsi asas dan dikenakan bayaran bagi fungsi lanjutan. Untuk setting anda perlukan browser Chrome > setting > extentions > boleh buat carian dari gallery: yesware email tarcking > add to chrome. Ikuti langkah seterusnya dan perisian ini siap terpasang. Kemudian login gmail anda > keluar arahan untuk yesware> pastikan anda tidak melanggan fungsi lanjutan kerana ianya berbanyar > setelah selesai satu tutorial rigkas untuk cara email, tracking dan mailmerge ditunjukkan pada screen.

Saya telah menggunakannya dan ianya amat berkesan dan banyak membantu. Bagi peniaga online mungkin sudah biasa dengan perisian mailchimp, boomerang dan email tracker yang lain. Bagi saya dengan fungsi begini sudah memadai untuk keperluan tugasan harian. Selamat mencuba.

GMAIL: KEYBOARD SHORTCUT

Bagi pengguna Gmail, beberapa keyboard shorcut boleh digunakan untuk mempercepatkan kerja harian kita. Terlebih dahulu kita perlu aktifkan fungsi keyborad shortcut dengan menetapkan settingnya seoerti gambar di bawah.

setting > keyboard shortcuts > klik check box untuk on

Beberapa keyborad shortcuts yang boleh digunakan adalah seperti di bawah: