Sabtu, 6 September 2014

CARA PERIKSA AKAUN GMAIL ANDA DI KHUATIRI DIHACK ATAU ADA “ACTIVITY MONITOR”



Sesekali kita perlu merasa curiga dan khuatir dengan operasi akaun gmail kita. Hal ini terutamanya bila kita menggunakan akaun gmail untuk urusan kerja dan perniagaan. 

Akaun email kita boleh di ceroboh oleh orang yang boleh hack password kita samada kecuaian kita mendedahkan kat laluan atau ada “activity monitor” dalam bentuk malware atau spyware yang boleh monitor aktiviti email kita.Sebenarnya kita boleh memantau apa jua aktiviti login akaun gmail kita. Ikuti langkah mudah seperti berikut:



  1. Login gmail
  2. Scroll ke bahagian bawah sehingga anda jumpa “Last account activity:  hours ago
  3.  Klik  > Details
  4.  Anda boleh periksa jenis akses, lokasi dan masa gmail akaun anda diakses. Jika anda dapat mengesan akses yang luar biasa dan mencurigakan. Anda boleh membuat langkah pencegahan dengan menukar kata laluan baru atau menutup akaun email tersebut.

2 ulasan: