Setelah sekian lama nak merasa maggie ketam..akhirnya tercapai juga hasrat itu. Ayah mertua pun join sama. kami pesan maggie kari dan 2 ekor ketam sederhana besar. Agak terkejut pada awalnya bila kami diberikan alat penyepit playar dan tukul besi. Rupanya ia akan figunakan untuk memecahkan kulit ketam. Ketam memang fresh dan sedap sekali.Harga amat munasabah maggie 3 orang makan, 2 ekor ketam sederhana besar dan minuman cuma RM50
Isnin, 17 Disember 2012
MAGGIE KETAM PCB
Setelah sekian lama nak merasa maggie ketam..akhirnya tercapai juga hasrat itu. Ayah mertua pun join sama. kami pesan maggie kari dan 2 ekor ketam sederhana besar. Agak terkejut pada awalnya bila kami diberikan alat penyepit playar dan tukul besi. Rupanya ia akan figunakan untuk memecahkan kulit ketam. Ketam memang fresh dan sedap sekali.Harga amat munasabah maggie 3 orang makan, 2 ekor ketam sederhana besar dan minuman cuma RM50
Jumaat, 7 Disember 2012
Sabtu, 13 Oktober 2012
Jumaat, 12 Oktober 2012
Khamis, 20 September 2012
TRIP PERTAMA PAJERO LO49
14 Sept 2012: Trip solo pertama dengan pajero. Destinasi kali ini ke Pulai, Gua Musang. Misi membersih kebun dan mencari lubuk ikan.
Bertolak jam 8 pagi dengan ditemani anak lelaki kesayangan. Singgah mengisi minyak dan sarapan pagi di stesen petronas Gombak. Perjalanan dilebuh raya cukup lembab. Mendaki bukit dengan gear 3 dan steering box yang ada sedikit masalah cukup membosankan.
Sampai di Raub sempat membeli keperluan nursery. Polibeg, kasut dan lain2 peralatan.
Jam 2 petang sampai Gua Musang dan terus meredah jalan berbatu yang berdebu sejauh 20km. Sasarannya disekitar lombong emas di Pulai. Pajero mula memunjukkan kekuasaanya mampu meredah laluan berbukit tanpa halangan.
Sampai je terus pasang jaring dan menjala ikan. Hasil tangkapan tidak memuaskan dan esoknya akan meredah lebih jauh ke hulu sungai. Pencarian lubuk ikan cukup menyeronokkan. Trip akan datang akan masuk lebih jauh lagi
Sabtu, 8 September 2012
IDEA MENANAM UBI KENTANG ATAU KELEDEK DALAM BEKAS (CONTAINERS)
MS EXCELL: VLOOKUP
Isnin, 3 September 2012
Jumaat, 31 Ogos 2012
PAJERO LO49: D-CARBO2
SHAH ALAM 31 OGOS- Sebelum meneruskan penjelajahan offroad, langkah meningkatkan prestasi enjin Pajero LO49 telah dibuat secara berperingkat. Setelah mendapat nasihat daripada En. Alias dari Klang saya mencuba menggunakan Dcarbo2 untuk membersihkan enjin dan sekalugus meningkatkan prestasinya.
Rabu, 22 Ogos 2012
CPAC IMAGING SOFTWARE
Download: part 1 part 2
Sabtu, 18 Ogos 2012
ROUTE KL - CAMERON HIGHLANDS - KOTA BHARU
Rehar dan adik buang air kat Masiid Batu 3 Jalang Pahang, Tapah..dimusim perayaan elakkan berhenti di R&R lebuhraya. |
Boleh tengok Google Map..nak best lagi dari Gua Musang terus ke Jeli..tunggu balik dengan Pajero baru nak try jalan tu... |
Jumaat, 17 Ogos 2012
BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE:LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Khamis, 26 Julai 2012
Sabtu, 21 Julai 2012
PAJERO LO49 2.5 DIESEL
Isnin, 2 Julai 2012
COOKIES UNTUK TEMPAHAN RAYA 2012
2 Julai 2012- Seperti biasa menjelang Ramadhan mula la sibuk buat sample cookies untuk tempahan. Malam ni bantu isteri membuat adunan. Kami hanya buat choc cips sejak 2008 hingga sekarang. Setiap tahun tak menang dengan tempahan pelanggan sedia ada. Tahun ni cadang nak stop tetapi memikirkan pelanggan tetap buat la juga. Cookies dah sebati dan memang dah jadi pengikat kasih sayang sejak kami kahwin.
Sabtu, 23 Jun 2012
SEPANG BIO PLANT SDN.BHD
Sepang 23 Jun- Pagi ni ke Sepang Bio Plant untuk membuat tempahan benih pisang tisu kultur. Kedatangan disambut mesra oleh En. Abd Rahman dan Wak Pan. Diberi tunjuk cara untuk menyediakan nursery.
- polibeg hitam 3 x 6 inci
- nisbah campuran tanah 3:2 top soil dan pasir serta 3 tahi ayam.
- tahi ayam proses dalam bentuk pallet.
- teduhan kena netting 50% telus cahaya. Peringkat 7 hari pertama kena 2 lapis teduhan.
- pembajaan 2 minggu sekali menggunakan baja npk 15:15:15.
- penyiraman secara manual.
- 60 hari benih dah sedia untuk di pindahkan ke ladang.
Terima kasih diucapkan kerana banyak memberi tunjuk ajar. Buat permulaan telah tempah 1000 planklet tisu kultur pisang berangan intan. Banyak lagi proses perlu dibuat nanti. Semoga diberi kekuatan.