Khamis, 2 Jun 2011

PENGENALAN PERISIAN ANY TIME ORGANIZER

Salam,
Khas kepada semua rakan-rakan yang sedang tercari-cari perisian organiser saya menyarankan perisian Anytime Organizer. Perisian ini berguna kepada guru prasekolah terutamanya kerana saban hari kita mengunakan laptop atau komputer untuk urusan harian. Untuk tujuan inovasi bolehlah gunakan organizer dalam bentuk perisian berbanding organizer dalam bentuk buku.
anytime_organizer_box_s
Any Time Organizer ada apa yang anda perlukan, termasuklah Perancangan harian, Perancangan mingguan, bulanan, tahun, Alarm dan reminder, Birthday & Anniversary. To Do List, Kalender, Buku Alamat dan banyak lagi. Semua fungsi digabungkan dengan paparan grafik yang menarik.
Perisian ini mampu membantu anda untuk mengesan pencapain tugasan harian dan deadline yang perlu diselesaikan. Bina hubungan yang kuat melalui penyimpanan buku alamat rakan-rakan, keluarga dan rakan perniagaan. Paparan aktiviti harian secara visual. Dapatkan versi percubaan melalui link ini Any Time Premier. Selamat mencuba. Jika rasa tertarik dengan perisian tersebut dan berminat untuk dapatkan perisian penuh beserta cara penggunaannya boleh email saya: gumboro75@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan