Salam,
Kita selalu menggunakan Google sebagai enjin pencari untuk mencari pelbagai maklumat. Sebenarnya Google juga ada banyak fungsi percuma yang boleh diaplikasikan oleh kita untuk pelbagai tujuan.
Saya ingin kongsikan bagaimana menggunakan Google Doc yang menyediakan simpanan online (online storage) sehingga 1024MB. Storan yang disediakan membolehkan kita muat naik pelbagai dokumen, grafik dll dan boleh dimuat turun pada bila-bila masa dan dimana jua. Anda juga boleh kongsikan link download ini dengan rakan-rakan. Saya mempraktikkannya sebagai stroran kerana agak bosan menggunakan pendrive dan cd kerana kadang-kadang pendrive boleh hilang, rosak dan kena serangan virus. Oleh yang demikian sebgai alternatif saya menggunakan online storage seperti ini.
Untuk ke aplikasi ini anda hanya perlu klik link di bawah dan ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan. Selamat maju jaya.
http://docs.google.com/
Bagi anda yang perlukan langkah demi langkah dan panduan menggunakan Google Doc. Saya ada sediakan tutorial dalam bentuk video. Jika berminat sila email: gumboro75@yahoo.com tutorial adalah PERCUMA.
* NANTIKAN POSTING AKAN DATANG: MACAM MANA ANDA BOLEH HASILKAN CLIP ART SENDIRI WALAUPUN ANDA BUKAN SEORANG ARTIS…SATU KAEDAH MUDAH DAN PERCUMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan