Selasa, 21 Jun 2011
MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP UNTUK MEMBUAT CLIPART
Salam,
Terbitan kali ini saya ingin kongsikan bagaimana mengguanakan Adobe Photoshop untuk menghasilkan clip art. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan, ianya bergantung kepada kreativiti dan keperluan untuk menghasilkan clipart daripada pelbagai sumber. Kelihatan amat luas dan menarik untuk di terokai.
Saya cuba tonjolkan kaedah yang ringkas iaitu dengan menggunakan plug in actions clipart. Anda boleh muat turun di dalam pakej yang saya akan berikan PERCUMA nanti.
Untuk penerangan ini kita akan gunakan gambar burung yang dimuat turun dari internet.
1. Dari File Menu Adobe Photoshop > pilih windows > actions > klik pada drop down menu pada sebelah kanan paparan actions > pilih load actions > pilih ClipArtMaker.atn dari simpanan anda. Clipartmaker actions telah terpasang di dalam komputer anda.
2. Sekarang kita boleh mulakan projek > open gambar burung > pilih Polyganol lasso daripada menu toolboxs > gunakan untuk membuat garisan pada badan burung.
3. Pilih select pada fie menu > inverse > bahagian luar badan burung akan dipilih > tekan kekunci Delete
4. Lakukan langkah tadi untuk membuang bahagian gambar yang tidak diingini.
5. Right click pada pada Layers menu item > pilih Layer From Background > ok
6. Pilih Magic Wand Tool pada toolboxs menu > klik pada latarbelakang putih > tekan kekunci delete > hasilnya latar belakang akan bertukar menjadi transparent.
7. Sekarang kita akan gunakan fungsi clipartmaker actions. pilih windows > actions > pilih clipart maker > klik butang play > secara automatik clipart akan terhasil.
8. pada layers menu pilih overlay.
9. untuk simpan fail tadi terlebih dahulu tukarkan kepada mode > indexed color > simpan sebagai fail gif.
Indexed color dan latar belakang transparent berguna terutamanya sebagai grafik untuk powerpoint sebagaimana terbitan lepas http://praskseafield.blogspot.com/2010/02/menyediakan-imej-untuk-persembahan.html.
Untuk pemaham lanjut boleh muat turun fail video demo penggunaan clipartmaker melalui link di bawah. pakej ini mengandungi demo langkah demi langkah dan disertakan actions clipartmaker. Semuanya PERCUMA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
wah, bijak btl... harap dpt blajar byk lg kat sini.
BalasPadam