Selasa, 21 Jun 2011

MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP UNTUK MEMBUAT CLIPART

bird bird
Salam,
Terbitan kali ini saya ingin kongsikan bagaimana mengguanakan Adobe Photoshop untuk menghasilkan clip art. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan, ianya bergantung kepada kreativiti dan keperluan untuk menghasilkan clipart daripada pelbagai sumber. Kelihatan amat luas dan menarik untuk di terokai.
Saya cuba tonjolkan kaedah yang ringkas iaitu dengan menggunakan plug in actions clipart. Anda boleh muat turun di dalam pakej yang saya akan berikan PERCUMA nanti.
Untuk penerangan ini kita akan gunakan gambar burung yang dimuat turun dari internet.
1. Dari File Menu Adobe Photoshop > pilih windows > actions > klik pada drop down menu pada sebelah kanan paparan actions > pilih load actions > pilih ClipArtMaker.atn dari simpanan anda. Clipartmaker actions telah terpasang di dalam komputer anda.
2. Sekarang kita boleh mulakan projek > open gambar burung > pilih Polyganol lasso daripada menu toolboxs > gunakan untuk membuat garisan pada badan burung.
3. Pilih select pada fie menu > inverse > bahagian luar badan burung akan dipilih > tekan kekunci Delete
4. Lakukan langkah tadi untuk membuang bahagian gambar yang tidak diingini.
5. Right click pada pada Layers menu item > pilih Layer From Background > ok
6. Pilih Magic Wand Tool pada toolboxs menu > klik pada latarbelakang putih > tekan kekunci delete > hasilnya latar belakang akan bertukar menjadi transparent.
7. Sekarang kita akan gunakan fungsi clipartmaker actions. pilih windows > actions > pilih clipart maker > klik butang play > secara automatik clipart akan terhasil.
8. pada layers menu pilih overlay.
9. untuk simpan fail tadi terlebih dahulu tukarkan kepada mode > indexed color > simpan sebagai fail gif.
Indexed color dan latar belakang transparent berguna terutamanya sebagai grafik untuk powerpoint sebagaimana terbitan lepas http://praskseafield.blogspot.com/2010/02/menyediakan-imej-untuk-persembahan.html.
Untuk pemaham lanjut boleh muat turun fail  video demo penggunaan clipartmaker melalui link di bawah. pakej ini mengandungi demo langkah demi langkah dan disertakan actions clipartmaker. Semuanya PERCUMA.

Sabtu, 4 Jun 2011

GOOGLE DOCUMENTS: Menggunakan Google uploder untuk berkongsi dokumen dan fail di internet secara PERCUMA

Salam,
Kita selalu menggunakan Google sebagai enjin pencari untuk mencari pelbagai maklumat. Sebenarnya Google juga ada banyak fungsi percuma yang boleh diaplikasikan oleh kita untuk pelbagai tujuan.
Saya ingin kongsikan bagaimana menggunakan Google Doc yang menyediakan simpanan online (online storage) sehingga 1024MB. Storan yang disediakan membolehkan kita muat naik pelbagai dokumen, grafik dll dan boleh dimuat turun pada bila-bila masa dan dimana jua. Anda juga boleh kongsikan link download ini dengan rakan-rakan. Saya mempraktikkannya sebagai stroran kerana agak bosan menggunakan pendrive dan cd kerana kadang-kadang pendrive boleh hilang, rosak dan kena serangan virus. Oleh yang demikian sebgai alternatif saya menggunakan online storage seperti ini.
image
Untuk ke aplikasi ini anda hanya perlu klik link di bawah dan ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan. Selamat maju jaya.
http://docs.google.com/
Bagi anda yang perlukan langkah demi langkah dan panduan menggunakan Google Doc. Saya ada sediakan tutorial dalam bentuk video. Jika berminat sila email: gumboro75@yahoo.com  tutorial adalah PERCUMA.
* NANTIKAN POSTING AKAN DATANG: MACAM MANA ANDA BOLEH HASILKAN CLIP ART SENDIRI WALAUPUN ANDA BUKAN SEORANG ARTIS…SATU KAEDAH MUDAH DAN PERCUMA

Khamis, 2 Jun 2011

PENGENALAN PERISIAN ANY TIME ORGANIZER

Salam,
Khas kepada semua rakan-rakan yang sedang tercari-cari perisian organiser saya menyarankan perisian Anytime Organizer. Perisian ini berguna kepada guru prasekolah terutamanya kerana saban hari kita mengunakan laptop atau komputer untuk urusan harian. Untuk tujuan inovasi bolehlah gunakan organizer dalam bentuk perisian berbanding organizer dalam bentuk buku.
anytime_organizer_box_s
Any Time Organizer ada apa yang anda perlukan, termasuklah Perancangan harian, Perancangan mingguan, bulanan, tahun, Alarm dan reminder, Birthday & Anniversary. To Do List, Kalender, Buku Alamat dan banyak lagi. Semua fungsi digabungkan dengan paparan grafik yang menarik.
Perisian ini mampu membantu anda untuk mengesan pencapain tugasan harian dan deadline yang perlu diselesaikan. Bina hubungan yang kuat melalui penyimpanan buku alamat rakan-rakan, keluarga dan rakan perniagaan. Paparan aktiviti harian secara visual. Dapatkan versi percubaan melalui link ini Any Time Premier. Selamat mencuba. Jika rasa tertarik dengan perisian tersebut dan berminat untuk dapatkan perisian penuh beserta cara penggunaannya boleh email saya: gumboro75@yahoo.com