Rabu, 27 Januari 2010

TERAS BACAAN

Salam..
Saya ingin memperkenalkan sebuah blog pilihan saya. Bolg ini adalah hasil usaha Tn. Haji Zainol Abidin Basri. Blog ini dinamakan TERAS BACAAN.
Blog ini sangat menarik perhatian saya kerana terdapat beberapa segmen yang membolehkan kita memuatturun lembaran kerja secara percuma. Tn. Haji juga banyak mengetengahkan BBM berbentuk ICT dan bercorak interaktif sejajar dengan perkembangan semasa.
bloghj1
Apa yang lebih menariknya ialah buku TERAS BACAAN. Buku ini banyak membantu penguasaan bacaan anak-anak. Kandungannya bermula daripada asas huruf hinggalah kepada bacaan. Ianya boleh dimuatturun secara percuma daripada blog TERAS BACAAN.
Bahan Huruf Jawi juga diberikan secara percuma.
Link untuk muat turun yang bersifat mesra pengguna, memudahkan lagi proses untuk muat turun bahan dan lembaran kerja.
bloghj2 Buku TERAS BACAAN (76 mukasurat) mengandungi lembaran kerja dari awal hingga akhir bacaan) boleh dimuat turun secara percuma.
Semoga usaha Tn. Haji Zainol dan rakan-rakan dapat diteruskan lagi dalam usaha mningkatkan lagi mutu pendidikan negara. Tn. Haji Zainol boleh dijadikan contoh warga Malaysia yang pemurah dan sedia berkongsi. Kita biasanya banyak mendapat input percuma daripada laman web luar negara. Di harap akan muncul lebih ramai lagi warga pendidik yang sedia berkongsi bahan dan pengalaman. Selamat Maju Jaya
Untuk ke Blog TERAS BACAAN anda boleh klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan