Jumaat, 22 Januari 2010

ALTERNATIF KEPADA MULTIMEDIA PROJEKTOR DI KELAS PRASEKOLAH.

Salam…

Untuk posting kali ini saya ingin kongsikan suatu alternatif kepada penggunaan multimedia/LCD projektor di bilik Prasekolah. Seperti sedia maklum kelas prasekolah tidak dibekalkan dengan peralatan tersebut, namun ada sesetengah sekolah mengambil inisiatif dengan meminjam peralatan tersebut daripada unit PPSMI. Suatu usaha yang baik kearah mendedahkan mrid prasekolah kepada pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan melalui penerapan elemen-elemen multimedia.

Sebagai alternatifnya jika kita mengalami kesukaran untuk meminjam dan mengendalikan peralatan multimedia projektor, kita boleh menggunkan sambungan daripada komputer/laptop ke skrin Tv. Sejenis alat yang dipanggil video converter berfungsi sebagai pengubah daripada VGA kepada RCA. Tidak perlu dijelaskan secara teknikal, apa yang penting fungsinya ialah memaparkan skrin komputer pada skrin tv. Fungsinya menyamai fungsi Multimedia projektor.

Skrin TV 29’ di bilik prasekolah sudah memadai untuk memainkan slide powerpoint dan cd interaktif prasekolah yang lain. Kualiti gambarnya adalah setanding kualiti DVD.

P1200007

CARA PEMASANGAN VIDEO CONVERTER, SEKALI PASANG JE TERUS BOLEH GUNA. UNTUK SETERUSNYA ON JER PC TERUS KELUAR KAT TV, TAK PERLU SETTING APA-APA LAGI..SENANG DAN MEMUDAHKAN KERJA CIKGU..PERGI KELAS BAWA PENDRIVE JER...SELAMAT MENCUBA..UNTUK MENDAPATKAN CONVERTER ANDA BOLEH BELI DI KEDAI KOMPUTER ATAU BOLEH KLIK DI SINI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan