Banyak manfaat boleh dierolehi keatas kanak-kanak yang diajar berenang dengan cara yang lembut, beransur-ansur dan kanak-kanak bebas bergerak ulang alik. Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang dan ini diakui oleh ibu bapa seluruh dunia. Antara kebaikan berenang ialah banyak peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional,
dan sosial.
Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:
- kemahiran motor kasar dan halus
- refleksi (masa tindak balas)
- Kuasa tumpuan (fokus)
- Kepintaran / kecerdasan
- Tabiat sosial
- Interaksi sosial
- Keyakinan diri
- Kebebasan
- Boleh menangani situsi yang diluar jangka.
Secara kesimpulannya, kanak-kanak ini didapati cukup laras berbanding rakan sebayanya yang tidak terlibat dalam program renang. Peningkatan dalam kedua-dua faktor iatu self -esteem dan independance menjadi faktor yang berkaitan antara satu sama lain. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang sejak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.
kajian tentang renang untuk kanak-kanak tidak banyak dibuat oleh pengkaji tempatan, bagi rakan-rakan yang sedang tercari-cari tajuk kertas projek bolehlah mencubanya. Hasilan kajian boleh dimanfaatkan bersama. Saya kini dalam proses menulis buku Belajar Berenang: Langkah demi langkah bagi water confidence dan kemahiran keselamatan untuk bayi dan kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan