Rabu, 21 Oktober 2009

Sothink Web Video Downloader for Firefox 5.5.90819

Untuk ruangan tips kali ini, saya ingin kongsikan bagaimana pengguna pelayar internet Mozilla firefox boleh memuat turun sebarang video daripada laman web ke komputer anda.

Sothink Web Video Downloader merupakan perisian percumayang merupakan extension untuk browser Mozilla Firefox. Ianya boleh merakam, muat tutun Flash Video (FLV) dari youtube dan laman web lain. Ia boleh muat turun dengan mudah. Antara format video yang boleh dimuat turun ialah FLV, SWF, WMV, AVI, MOV, RM, RMVB dll.

Untuk muat turun perisian ini anda boleh guna link di bawah:

http://download.cnet.com/3001-11745_4-10702106.html?spi=fd6dc913c80c0da684cc4ecb77d4cf44

Selepas dimuatturun dan dipasang di dalam komputer anda, kelihatan extension Sothink Web Video Downloader for firefox ( Alt+W) pada menu bar – tools.

web

Untuk download video anda hanya perlu mainkan video dalam mana-mana laman web. Untuk contoh ini saya mainkan video dari website http:www.teachertube.com. Kemudian pada menu bar Mozilla Firefox – tools – klik sothink Web Downloader for firefox.

web1

Kemudian dialog box Sothink Web Video Downloader akan terpapar – klik pada URL – file – download.

web2

kemudian anda diarahkan untuk simpan file video anda mengikut format asalnya. Untuk contoh ini formatnya ialah FLV

web3

Perisian ini pada pandangan saya agak praktikal kerana ianya dapat muat turun pelbagai format video dari pelbagai laman web dengan cara yang mudah. kelajuan bergantung kepada spesifikasi komputer dan talian yang digunakan.

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan