Salam…saya meminta berbanyak maaf kerana lama tidak update blog ini. Kebelakangan ini ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah kali ini saya nak kongsikan satu laman web yang difikirkan amat berguna untuk ibu bapa dan pengurus prasekolah.Laman web tersebut ialah Positive Parenting.
Positive Parenting merupakan sebuah majalah yang diterbitkan oleh sekumpulan pakar kesihatan kanak-kanak. Ianya diterbitkan di dalam bentuk majalah dan dikongsikan juga dalam bentuk web. Banyak artikel berguna boleh diperolehi melalui laman web ini. Antaranya ialah berkenaan kekeluargaan, pemakanan kanak-kanak, Kesihatan dan perubatan kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak. Majalah Positive Parenting biasanya terdapat di klinik pediatrik mana-mana hospital. Ianya didatangkan dalam dwi bahasa.
Untuk keterangan lanjut sila layari laman web ini http://www.mypositiveparenting.org/
Sekian Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan