Khamis, 5 Mac 2009

Edible Garden 5 Mac 2009

Perkembangan projek agak baik..25 beg tanaman telah siap diisi...sistem pengairan pun dah siap...banyak benda-benda teknikal telah dipelajari oleh anak-anak...harapnya mereka boleh memahami beberapa fungsi peralatan mudah.
Penyambung L untuk poly pipe 16mm..terpaksalah anak-anak meminta bantuan guru untuk menyambungkannya.

Ini adalah digital timer untuk mengawal siraman secara automatik..ianya diprogramkan untuk siraman 4 kali sehari bergantung kepada keadaan cuaca. Anak-anak faham keperluan air kepada tumbuhan dan kegunaan digital timer ini untuk mengawal pengambilan air oleh tanaman.

Hujan dah turun..alhamdulillah...tak payah siram..besok dah boleh tanam pokok cili...anak-anak mesti tak sabar ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan