Jumaat, 4 Disember 2009

Petua permudah Anak Belajar

Salam..

Saya ingin kongsikan dengan tuan-puan tips untuk memudahkan anak belajar dengan izin Allah. Tips ini di e-mailkan oleh seorang rakan. Adalah lebih baik saya muatkan dalam blog ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan. Amalan ini amat sesuai dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa.

1. Setiap pagi sebelum pergi ke sekolah berdiri belakang anak,& kedua2 (anak & ibu atau bapa) menghadap kiblat. Letakkan kedua2 telapak tangan ibu/ayah yg dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut... lepastu bacakan al Fatihah & Alam-nash-rah ingga habis.pastu niat dalam hati mohon pada Allah "Ya Allah pemudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan ati & ditetapkan iman & lain2 doa yg nak dihajatkan"
lepas itu kucup dahi anak & pergi le kesekolah.

2. Jangan malu untuk kucup dahi anak setiap pagi walaupun nak dah besar..ini akan membuatkan anak-anak akan rasa dihargai.

3. Jangan gunakan tapak tangan untuk tampar anak-anak. Tapak tangan mengandungia aura tertentu dan gunakanlah ia untuk kebaikan.

Nasihat daripada pengirim e-mail ini. “ Tanamkan semangat untuk buatkan setiap hari dan anda lihat kesannya…kalau tak dapat setiap hari, 2 hari sekali, seminggu sekali…JANGAN TAK BUAT LANGSUNG..anak saya sehingga sekarang (17, 15 & 10 thn) saya buatkan dan lesannya InsyaAllah..nasihat saya..anda masih belum terlambat..buatkan sekarang pada semua anak-anak sehingga mereka dewasaseeloknya ibu & ayah kedua2 sekali buat... semasa anak2
nak pergi sekolah atau sebelum tidur atau bile2 teringat...
inshaallah anak akan dengar cakap ibu ayah & terang hati..
boleh share dengan kengkawan lain...”

* Sebagai ibu bapa dan pendidik jika ada kelapangan marilah sama-sama mencuba petua ini dan semoga diberkati Allah. Sama-samalah melahirkan insan yang kamil pada masa akan datang. kitalah yang membentuk dan mencorak hala tuju mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan