Beginilah bunga pokok jagung..setiap pagi anak-nak boleh melihat kumpulan lebah menghisap madu.
Ini adalah tongkol jagung yang mula keluar..setiap poko ada 2 tongkol jagung..anak-anak mula menghitung bilangan tongkol jagung yang bakal dimakan nanti.
Ini pula buah terung yang mula keluar..hahha..seronok sekali anak-anak melihat hasil tanaman mereka.
Ini pula adalah pokok carrot..jangan terkejut melihat hasilnya nanti…
Hari Sekolah Bermula Malam Ini Menyiapkan si manja ke tadika bermakna memujuknya tidur awal!
Oleh Cik Woo Pei Jun, Pakar Psikologi Perkembangan Bayi dilahirkan tanpa mengetahui perbezaan antara siang dan malam. Ibu bapa haruslah mendidik anak mereka secara berperingkat untuk memerhati masa tidur dan bangun yang sesuai. Disiplin ini menjadi lebih penting semasa kanakkanak membesar.
Tidur & Kanak-Kanak Prasekolah Tiada siapa boleh hidup tanpa tidur. Bahkan, binatang sekalipun perlu tidur. Tidur adalah penting untuk memastikan sistem imun berada dalam keadaan yang baik untuk mengelak daripada jangkitan. Ia juga merupakan masa bagi neuron yang berada dalam otak diperbaiki. Begitu juga dengan hormon tumbesaran dan bahan penting yang lain akan dibebaskan.
Tidur juga bantu menyusun memori, menperkukuh pembelajaran dan memperbaik tumpuan. Kombinasi mimpi yang lena (REM ataupun pergerakan mata pantas) dan tidur akan menyegarkan dan bantu mengawal perasaan hati. Itulah sebabnya kanak-kanak yang tidak cukup tidur akan meragam, merengus dan letih bila bangun pagi. Kanakkanak dalam usia prasekolah haruslah tidur 10 hingga 12 jam setiap malam. Walaupun demikian, kualiti tidur mereka mungkin akan dipengaruhi oleh ketakutan malam dan mimpi buruk. Ibu bapa seharusnya memantau cara tidur anak-anak mereka.
Dengan tidur yang mencukupi, si manja anda akan:
Memberi tumpuan lebih baik dalam kelas.
Lebih cekap dalam menyelesaikan masalah.
Kreatif dan memberi idea baru.
Apabila kekurangan tidur, si manja anda akan:
Mudah lupa apa yang dipelajari.
Menghadapi masalah membuat keputusan yang baik.
Kurang kesabaran.
Waktu tidur yang dicadangkan
Anak Kecil (1 – 3 tahun): 12 – 14 jam daripada tidur malam dan siang hari
Prasekolah (3 – 6 tahun): 10 – 12 jam/malam
Kanak-Kanak Sekolah (6 – 12 tahun): 9 – 10 jam/malam
Petua tidur untuk anak prasekolah
Patuhi jadual tidur yang tetap dan konsisten
Tetapkan rutin waktu tidur yang santai, berakhir dalam bilik tidur si manja
Bilik tidur seharusnya mempunyai persekitaran tidur yang dingin, senyap dan samar/gelap – tanpa TV