Ahad, 27 November 2011

Sambungan Langkah Menghadapi Penuaan


Langkah 2: Memupuk kecantikan dalaman

 Jika rupa anda mula untuk pudar, serlahkan dan sinarinya dengan kecantikan dalaman. Kekalkanya dengan:
-  terus belajar dan berkembang
- kekalkan keghairahan dan sikap ingin tahu anda
- Minda terbuka, jadi terbuka untuk berubah, menjadi kreatif
- berseronok, LAUGH!

Some people, no matter how old they get, never lose their beauty - they merely move it from their faces into their hearts. ~Martin Buxbaum

To keep the heart unwrinkled, to be hopeful, kindly, cheerful, reverent that is to triumph over old age.
Amos Bronson Alcott

Langkah ke 3: berfikiran positif

 Bina  pandangan positif tentang kehidupan. Jika anda lupa sesuatu katakan  "oh, saya semakin tua, ingatan saya telah berkurangan" ini adalah satu aspek positif menerima kekurangan. Fikirkan semua perkara-perkara besar anda boleh lakukan apabila anda telah tua dan bersara; mengembara, menghabiskan masa dengan anak-anak dan menulis memoir anda.

Age is an issue of mind over matter. If you don't mind, it doesn't matter.
-Mark Twain'

Langkah 4: berkelakuan seperti usia anda dan menerima umur tua seadanya.

Belajar untuk menerima kenyataan yang anda semakin tua.

And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years.
Abraham Lincoln


Ahad, 20 November 2011

Bagaimana Menghadapi Penuaan

Suatu hari ketika anda melihat cermin, tiba-tiba terpandang sehelai uban putih di kepala, kelihatan juga garis-garis halus di muka. Anda mula memikirkan anda sebenarnya sudah tua. JANGAN PANIK hidup anda belum lagi berakhir. Penuaan adalah suatu proses dan kitaran yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan manusia.
Aging is not 'lost youth' but a new stage of opportunity and strength.
-Betty Friedan, "Parade", March 20, 1994
Saya ingin kongsikan beberapa panduan sihat untuk mengadapi proses penuaan ini.

1. Jaga Diri Anda.
Pemakanan Sihat - badan anda menyerap kurang nutrien apabila umur semakin tua. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengambil makanan tambahan terutamanya vitamin D dan Kalsium.

Senaman - tisu otot boleh menjadi kurang fleksibel, dan anda hilang kepadatan tulang. Senaman boleh membantu mengurangkan risiko ini. Mulakan senaman ringan dan jangan berlebih-lebihan. Minta nasihat doktor sebelum anda memulakan sesuatu program senaman. Berjalan kaki di luar selama 30 minit sehari adalah suatu praktis yang hebat.

Senaman Minda Anda- "use it or lose it"- ia boleh menghalang penurunan kognitif. Buat sudoku, silang kata, kad-kad mainan, membaca dan belajar perkara-perkara baru.

Bersosial - Bergaul dan sentiasa dikelilingi oleh rakan-rakan. Sertai kelab-kelab sosial seperti kelab buku, mengait, mengaji Al-Quran dan sebagainya. Jika anda tidak mempunyai kenalan yang ramai, memelihara haiwan peliharaan juga boleh membantu.

Pastikan kesihatan menjadi prioriti utama anda. Berjumpalah doktor selalu untuk membuat pemeriksaan secara berkala. Buatlah ujian rutin seperti mamaogram, prostat, kolestrol, tekanan darah,penglihatan dan pendengaran.

Tidak keterlaluan jika anda cuba mencari salsilah keturunan anda yang pernah menhidapi penyakit-penyakit kronik seperti jantung atau kanser. Ini boleh membantu anda untuk mengambil langkah-langkah pencegahan.

You know you're getting old when all the names in your black book have M. D. after them.
-Harrison Ford

Men do not quit playing because they grow old; they grow old because they quit playing.
~Oliver Wendell Holmes

Ikuti sambungan langkah seterusnya yang boleh diambil untuk mengahdapi proses penuaan anda.

Khamis, 10 November 2011

Amalan Zikir Imam Al- Ghazali

Salam sejahtera,

Mari kita berikhtiar untuk mengamalkan zikir ini. Marilah kita amalkannya berterusan (Istiqomah) kerana amalan yang sedikit tetapi dilakukan secara berterusan itu lebih disukai oleh Allah SWT. Semoga bermanfaat buat kita dan keluarga kita.

Sabtu, 22 Oktober 2011

iGoogle

Apa itu iGoogle Page?

iGoogle page adalah adalah muka depan personal untuk meneroka web. Kita boleh gunakanya sebagai enjin pencari. iGoogle menawarkan pelbagai gadget dan apa yang penting anda boleh mengurus google docs daripada paparan iGoogle.


Menetapkan  iGoogle

Untuk memulakan iGoogle anda. Taip www.igoogle.com > sign in dan iGoogle page tersedia untuk anda.
Bahagaian Create Your Own Homepage terbahagi kepada 3 seksyen.

Select Interest

Select theme

Choose Location

Bila anda sudah bersedia . klik See Your Page

Jumaat, 21 Oktober 2011

Menukarkan fail PDF kepada 6 Format MS Office hanya dengan 3 langkah mudah?


Macam mana caranya untuk menukarkan fail PDF hanya dengan 3 langkah mudah?
  1. Lancarkan Program
Download Wondershare PDF Converter  http://download.wondershare.com/pdf-converter_full524.exe (AnyBizSoft PDF Converter)  dan install kedalam PC anda. Double click untuk memulakan program.

2.    Import PDF  Fail dan pilih Jenis

Klik Add Files untuk menambah fail PDF untuk conversion. Kita boleh import sebanyak 200 fail dalam satu masa. Dan kemudian pilih format yang kita ingin convert.: PDF to Word, Excel, PowerPoint, HTML atau Text.

  1. Convert PDF files with one click
Kita boleh menetapkan mukasurat tertentu yang ingin ditukar format dan hanya klik Convert  untuk menukar fail PDF  dalam masa beberapa saat. Selepas proses convertion kita boleh terus paparkan fail tersebut.

Cara penggunaan seperti video di bawah, selamat mencuba.


Ahad, 18 September 2011

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

Video di atas menerangkan 'konsep 100' yang diguna pakai oleh Golden Horses Health Sanctuary dalam memupuk kesedaran kesihatan dikalangan ahlinya. Membership adalah penting untuk kelangsungan pemeriksaan dan khidmat nasihat kepakaran.

Salam,
Pengesanan pencegahan penyakit adalah merupakan satu-satunya cara untuk mengesan status kesihatan seawal yang mungkin sebelum penyakit semakin bertambah kronik. Kini kebanyakan kita akan berbicara berkaitan kesihatan dan rawatan apabila kita telah dikesan menghidapi sesuatu penyakit dan tidak mempedulikanya apabila telah sihat. Kesihatan merupakan item terakhir di dalam senarai keutamaan berbanding keperluan lain masyarakat hari ini.

Sekian untuk renungan kita bersama.

Sabtu, 17 September 2011

EASY NOTECARDS: cara mudah untuk membina Flashcard

Salam,

Easy Notecards  merupakan suatu sumber pendidikan yang hebat. Ia menawarkan pelbagai jenis flashcard. Ia membolehkan guru mencipta flashcard dalam bentuk teks dan imej dengan cepat dan mudah.


Kelebihan Easy Notecards
  • Ianya PERCUMA
  • Ianya senang digunakan, tidak perlu kemahiran grafik yang tinggi.
  • Ianya perlukan anda SIGN UP shj
  • Ia membolehkan anda membuat flashcard untuk buku tertentu.
  • Ia membolekan anda menambahkan imej pada flashcard.
  • Boleh dicetak
Untuk mecuba anda boleh melayari http://www.easynotecards.com/index . Pastinya ianya boleh memberi idea dan membantu dalam urusan P&P. Selamat mencuba.