Rabu, 27 April 2011

Menggunakan flash untuk Bahan Bantu Mengajar Multimedia

Salam sejahtera, setelah sekian lama tidak muncul dengan Bahan Bantu Mengajar terbaru, kali ini saya muncul semula untuk berkongsi kegunaan shockwave flash movie untuk dijadikan bahan bantu mengajar secara multimedia. powerpointKonsep bahan bantu mengajar ini ialah dengan embeded shockwave flash movie ke dalam powerpoint yang kemudiannya boleh dibuat persembahan multimedia di dalam kelas. Bahan bantu mengajar ini agak menarik hasil kombinasi pelbagai elemen bunyi, animasi dan text.
story-timeBahan bantu mengajar ini mengandungi 6 tajuk flash movie yang diambil dari web dan diembeded ke powerpont. Hasilan yang saya buat adalah dalam bentuk template dan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian penggunaan. Pengguna boleh menambah text, animasi dan mengubah saiz movie mengikut citarasa masing-masing. banyak keistimewaannya. Apa yang penting ialah bahan ini adalah pemberian PERCUMA saya dengan harapan dapat digunakan sebaik mungkin untuk tujuan pendidikan. Saya memberi izin untuk muat turun bahan ini melalui link yang tersedia di bawah. Bahan bantu mengajar ini didatangkan dalam fail .zip..pastikan anda exctract dan jadikannya dalam satu folder. Jangan padam atau pindahkan mana-mana fail dalam folder terebut. Selamat Menggunakan bahan bantu mengajar ini. terima kasih.
CONVERTER PC TO | PINJAMAN PERIBADI COSHARE
COCO CALLOGEN POWER PLUS
http://www.mahizan.com