Jumaat, 12 Ogos 2011

JANGAN JADI MANGSA PEMBUNUH YANG TIDAK DIDUGA: KANSER OVARI


Kanser Ovari: Pencegahan dan Diagnosis
 
Macam mana cara untuk melindung diri anda daripada Kanser Ovari?

Kanser Ovari merupakan salah satu kanser reproduktif yang paling berbahaya dan boleh membawa maut, tetapi kadar pemulihannya adalah 94 % jika pengesanan awal dapat dibuat.

Pengesanan kepada awal gejalanya adalah amat perlu. Terdapat petunjuk-petunjuk awal untuk mengenali gejala barah ovari dan perlu disusuli dengan pemeriksaan lanjut yang lebih teliti.
Cuba renungkan apa berlaku jika ada kanser yang mana tidak nampak simpton yang jelas? Apa pula akan berlaku jika tiada pemeriksaan rutin dibuat? Apa berlakun jika simpton yang dikenalpasti oleh anda disalah tafsir oleh doktor ? dan apa berlaku jika apabila kanser yang akhirnya dapat dikesan, ianya adalah sudah terlambat untuk diubati, dan anda diberitahu oleh doktor yang anda hanya ada lebih kurang 5 tahun untuk hidup?

Ianya tidak harus berlaku jika barah ovari boleh dikesan lebih awal dalam peringkat I, apabila ia masih terhad kepada ovari, seorang wanita masih ada sehingga 94 % peluang penyembuhan. Tetapi hari ini lebih daripada 70% wanita masih belum membuat diagnosis sehingga penyakit ini telah sampai ke peringkat III dan IV. Ini bermakna hanya 15 hingga 45 % daripada mereka dijangka dapat meneruskan hayat 5 tahun lagi selepas  dikesan pada peringkat III dan IV. Alasannya ialah kerana kita tidak mendapat satu pemeriksaan yang effektif walaupun setelah gejala-gejala atau simptonnya dapat dikesan.Semua ini perlu diubah, kita perlu mendapt pemeriksaan yang tepat lebih awal.


Bagaimana untuk Melindungi diri anda dari Barah Ovari

Ia satu daripada jenis yang paling berbahaya dikalangan kanser reproduktif, tetapi kadar penyembuhan  ia dalah 94 peratus dapat disembuhkan kalau dapat dikesan lebih awal. Di sini ialah bagaimana untuk mengenali gejala-gejala barah ovari--dan mendapat ujian-ujian pengesanan yang sesuai


 
Cerita Penghidap Kanser Ovari ( Nancy Baez)
 
Nancy Baez dari Allendale, NJ, merasa ada tanda ketakcernaan sederhana pada Jun 2007, ketika itu dia berumur 47 tahun semasa menikmati makanan  Cuba semasa sedang bercuti di sana. Dua bulan kemudian, semasa dia melawat Outer Banks, NC, masalah perutnya meluap-luap , dan dia mengambil antasid OTC. Tetapi pada September, dia bukan sahaja mempunyai ketakcernaan, dia juga mengalami masalah keletihan. Dia menjangka ini adalah masalah dan faktor penuaan. Doktor mengarahkannya untuk membuat ultrasound di bahagian abdomen luar untuk memeriksa pundi hempedunya. Dia diberikan pil untuk mengatasi masalah gastrik. Dua  minggu kemudia Baez memberitahu dia mengalami masalah pernafasan. Satu pemeriksaan CAT mendapati dia menghidap barah ovari pada tahap IIIC dan tumornya telah membesar dan menekan paru-parunya. Ianya sangat mengejutkan.

Cerita-cerita sebegini yang menunjukkan tumor atau ketumbuhan yang tidak boleh dikesan sehingga ke tahap serius adalah suatu yang biasa dikalangan penghidap kanser ovari. Satu-satunya pemeriksaan rutin yang biasa dibuat ialah pemeriksaan tahunan pelvis. Walaupun pemeriksaan pelvis adalah bagus untuk mengesan pelbagai masalah, daripada barah pangkal rahim sehinggalah jangkitan-jangkitan lain tetapi barah ovari sukar dikesan melalui pemeriksaan tersebut.
Tips

Ahli ginekologi (pakar sakit puan) yang berpengalaman yang selalu membuat pemeriksaan pun tidak mampu untuk merasai ovari anda, apatah lagi untuk mengesan apa jua kanser di dalamnya. Ianya merujuk kepada suatu anatomi yang ringkas, lembut dan berbentuk walnut, ovari anda tergantung  pada salah satu sisi uterus. Dan terletak terlalu dalam. Saiznya tidak lebih dari 1 inci dengan diameter setengah inci. Apa yang pasti selepas wanita manapous risiko mendapat kanser ovari adalah tinggi. Rahimnya mula mengecut dan agar sukar untuk dirasai.





Membuat keadaan lebih buruk, gejala-gejala kanser ovari seperti ketakcernaan, mengembung, kesakitan pelvis , dan tidak boleh menahan kencing ialah penunjuk-penunjuk biasa dan situasi yang masih kurang bahaya, sehinggalah baru-baru ini, doktor-doktor tidak menyedari bahawa penyakit itu mempunyai gejala-gejala dan menggelarkanya "pembunuh senyap." Namu kini ianya telah berubah kerana akhir-akhir ini penyelidik telah meminta penghidap untuk menceritakan apa yang telah meraka lalui sebelum disahkan mendapat kanser ovari.


Gejala-gejala Penyakit
Pada Januari 2007, Barbara Goff, MD, Pengarah onkologi gynecologic di Universiti Washington di Seattle, mengejutkan  dunia perubatan dengan membuktikan  yang pembunuh senyap ini tidak benar-benar terlalu senyap lagi. Dalam satu kajian menggegarkan, Dr. Goff dan pasukannya melaporkan yang 149 wanita yang dikaji berkongsi  gejala-gejala yang sama sebelum membawa mereka kepada pemeriksaan ovari yang lebih lanjut. Manakala tanda amaran ini menunjukkan  keadaan yang kurang serius, seperti pedih ulu hati atau ketakcernaan.  Ianya tidak tertakluk kepada simptom-simptom kecil secara perbandingan, contohnya mengembung dan sakit perut sekali sekala dalam setahun.Wanita yang mempunyai barah ovari mengalami gejala-gejala 12 kali atau lebih dalam satu bulan sepanjang tempoh 12 bulan atau kurang.
Click here to view more results.

Pertubuhan perubatan mengiktiraf kerja Dr. Goff , dan hasilnya, hari ini apabila seorang wanita pergi berjumpa doktor dengan ada gejala seperti tersenarai dalam "indeks simptom" maka mereka disyaki ada barah.

Namun apabila seorang wanita mengalami gejala-gejala, kanser mungkin sudah mula merebak. Apa yang kita perlukan sekarang ialah satu pengesanan awal yang membolehkan wanita secara rutin membuat pemeriksaan  pada tahap yang lebih awal sebelum gejala-gejala kanser ovari dapat dikesan.
 
Pemeriksaan Yang Baik Diperlukan Untuk Pengesanan Awal

 Seperti mana-mana alat pengesanan awal lain, Alat pengesanan untuk barah ovari perlu memenuhi beberapa kriteria penting. Menurut amalan perubatan standard, ujian sebegitu perlu:

1. Sensitif, maksudnya ia mampu mengenal pasti kanser awal,
2. Khusus. Ia mesti mencari mana-mana kanser wujud.
3. Mampu, supaya wanita boleh mengmbuat pemeriksaan yang kerap
4. Selamat. Dan paling penting, ia perlu ada bukti klinikal tidak dapat dipertikaikan yang ia menyelamatkan nyawa

Click here to view more results.

Tahu Tanda-tanda Barah Ovari

Jika ada berkemungkinan menghidap kanser ovari, mana-mana gejala berikut berkemungkinan akan berlaku sekerap 3 kali satu minggu selama beberapa bulan bagi setahun.

* Kesakitan dalam pinggul atau abdomen anda
* Tak berupaya menahan dan kuat buang air kencing
* Abdomen(perut)  mengembung
* Kurang selera makan dan cepat merasa kenyang

Click here to view more results.
Jika anda mempunyai mana-mana gejala dalam jangka masa yang dinyatakan atau anda miliki sejarah keluarga yang menghidap kanser reproduktif, cepat-cepat berjumpa doktor dan minta membuat pemeriksaan Ultrasonik ultravaginal atau ujian darah. Pengesanan awal adalah perlu.
 
Barrack Obama Berjanji akan Mencari penyembuh

Presiden Barack Obama kehilangan ibu beliau kerana barah ovari dalam tahun 1995, apabila beliau hanya 52.Disebabkan itu pentadbirannya komited untuk membangun perlindungan yang berkesan, meningkatkan rawatan-rawatan , dan menghindari penyakit ini.
Disamping itu usaha berterusan bagi menggalakkan kesedaran barah ovari dan memajukan diagnosis dan rawatannya.Menurut beliau ianya adalah bagi wanita yang kita cintai.ia jatuh bagi kami semua cari wanita kita cinta. Beliau menggalakkan semua wanita, terutama yang berumur lebih lima puluh lima atau dengan sejarah keluarga menghidap kanser beruusaha untuk mencari maklumat-maklumat berkenaan kanser ovari dan membuat pemeriksaan rutin yang efektif

Sumber: prevention.com

PREVENTION IS ALWAYS BETTER THAN CURE

DAPATKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN YANG EFEKTIF DI 
GOLDEN HORSES HEALTH SANCTUARY.

PELBAGAI PAKEJ PEMERIKSAAN KESIHATAN DISEDIAKAN, UNTUK LAWATAN DAN PENERANGAN BOLEH MENGHUBUNGI EN.AZUAR DITALIAN 014-8315318. SETIAP LAWATAN DAN TAKLIMAT AKAN DIBERIKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA BERNILAI RM100++ DAN PAKEJ PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM DI HOTEL TERPILIH. LUANGKAN MASA ANDA UNTUK  MELAWAT DAN MENELITI FASILITI YANG DISEDIAKAN.


Sabtu, 6 Ogos 2011

KESIHATAN: World Stroke Day ..Act Now

 klik gambar untuk paparan lebih besar.

TAWARAN ISTIMEWA WELLNESS SCREENING PACKAGE UNTUK MEMBER FB AZUAR.
MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI AZUAR: 014-8315318



Sabtu, 23 Julai 2011

LyricsNMusic – dapatkan Lirik, video dan gambar untuk pelbagai lagu dengan mudah

LyricsNMusic merupakan laman web pencarian muzik yang hebat. Ia membolehkan pengguna dengan mudah dan cepat mencari lirik untuk pelbagai jenis lagu. Kita boleh mencari lirik tersebut melalui google tetapi agak mengambil masa dan tidak berapa tepat mengikut lagu yang dikehendaki.


Beberapa ciri- ciri LyricsNMusic
  • Ianya PERCUMA
  • Senang digunakan
  • Paparan yang mesra pengguna
  • Membolehkan kita mencari lirik untuk lagu
  • Memaparkan link untuk kita membeli lagu memalui amazon
  • Ia juga menunjukkan link ke youtube dan wikipedia untuk setiap lagu.
  • dan banyak lagi.
Aplikasi LyricsNMusic di dalam Pedidikan
Saya mencadangkan laman we ini kepada guru-guru kerana kita akan mendapat sumber percuma untuk mengakses lirik, lagu dan video. Sumber ini boleh digunakan untuk meningkatkan lagi P&P.
Untuk demo cara penggunaan laman web ini boleh klik link di bawah:

Selasa, 21 Jun 2011

MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP UNTUK MEMBUAT CLIPART

bird bird
Salam,
Terbitan kali ini saya ingin kongsikan bagaimana mengguanakan Adobe Photoshop untuk menghasilkan clip art. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan, ianya bergantung kepada kreativiti dan keperluan untuk menghasilkan clipart daripada pelbagai sumber. Kelihatan amat luas dan menarik untuk di terokai.
Saya cuba tonjolkan kaedah yang ringkas iaitu dengan menggunakan plug in actions clipart. Anda boleh muat turun di dalam pakej yang saya akan berikan PERCUMA nanti.
Untuk penerangan ini kita akan gunakan gambar burung yang dimuat turun dari internet.
1. Dari File Menu Adobe Photoshop > pilih windows > actions > klik pada drop down menu pada sebelah kanan paparan actions > pilih load actions > pilih ClipArtMaker.atn dari simpanan anda. Clipartmaker actions telah terpasang di dalam komputer anda.
2. Sekarang kita boleh mulakan projek > open gambar burung > pilih Polyganol lasso daripada menu toolboxs > gunakan untuk membuat garisan pada badan burung.
3. Pilih select pada fie menu > inverse > bahagian luar badan burung akan dipilih > tekan kekunci Delete
4. Lakukan langkah tadi untuk membuang bahagian gambar yang tidak diingini.
5. Right click pada pada Layers menu item > pilih Layer From Background > ok
6. Pilih Magic Wand Tool pada toolboxs menu > klik pada latarbelakang putih > tekan kekunci delete > hasilnya latar belakang akan bertukar menjadi transparent.
7. Sekarang kita akan gunakan fungsi clipartmaker actions. pilih windows > actions > pilih clipart maker > klik butang play > secara automatik clipart akan terhasil.
8. pada layers menu pilih overlay.
9. untuk simpan fail tadi terlebih dahulu tukarkan kepada mode > indexed color > simpan sebagai fail gif.
Indexed color dan latar belakang transparent berguna terutamanya sebagai grafik untuk powerpoint sebagaimana terbitan lepas http://praskseafield.blogspot.com/2010/02/menyediakan-imej-untuk-persembahan.html.
Untuk pemaham lanjut boleh muat turun fail  video demo penggunaan clipartmaker melalui link di bawah. pakej ini mengandungi demo langkah demi langkah dan disertakan actions clipartmaker. Semuanya PERCUMA.

Sabtu, 4 Jun 2011

GOOGLE DOCUMENTS: Menggunakan Google uploder untuk berkongsi dokumen dan fail di internet secara PERCUMA

Salam,
Kita selalu menggunakan Google sebagai enjin pencari untuk mencari pelbagai maklumat. Sebenarnya Google juga ada banyak fungsi percuma yang boleh diaplikasikan oleh kita untuk pelbagai tujuan.
Saya ingin kongsikan bagaimana menggunakan Google Doc yang menyediakan simpanan online (online storage) sehingga 1024MB. Storan yang disediakan membolehkan kita muat naik pelbagai dokumen, grafik dll dan boleh dimuat turun pada bila-bila masa dan dimana jua. Anda juga boleh kongsikan link download ini dengan rakan-rakan. Saya mempraktikkannya sebagai stroran kerana agak bosan menggunakan pendrive dan cd kerana kadang-kadang pendrive boleh hilang, rosak dan kena serangan virus. Oleh yang demikian sebgai alternatif saya menggunakan online storage seperti ini.
image
Untuk ke aplikasi ini anda hanya perlu klik link di bawah dan ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan. Selamat maju jaya.
http://docs.google.com/
Bagi anda yang perlukan langkah demi langkah dan panduan menggunakan Google Doc. Saya ada sediakan tutorial dalam bentuk video. Jika berminat sila email: gumboro75@yahoo.com  tutorial adalah PERCUMA.
* NANTIKAN POSTING AKAN DATANG: MACAM MANA ANDA BOLEH HASILKAN CLIP ART SENDIRI WALAUPUN ANDA BUKAN SEORANG ARTIS…SATU KAEDAH MUDAH DAN PERCUMA

Khamis, 2 Jun 2011

PENGENALAN PERISIAN ANY TIME ORGANIZER

Salam,
Khas kepada semua rakan-rakan yang sedang tercari-cari perisian organiser saya menyarankan perisian Anytime Organizer. Perisian ini berguna kepada guru prasekolah terutamanya kerana saban hari kita mengunakan laptop atau komputer untuk urusan harian. Untuk tujuan inovasi bolehlah gunakan organizer dalam bentuk perisian berbanding organizer dalam bentuk buku.
anytime_organizer_box_s
Any Time Organizer ada apa yang anda perlukan, termasuklah Perancangan harian, Perancangan mingguan, bulanan, tahun, Alarm dan reminder, Birthday & Anniversary. To Do List, Kalender, Buku Alamat dan banyak lagi. Semua fungsi digabungkan dengan paparan grafik yang menarik.
Perisian ini mampu membantu anda untuk mengesan pencapain tugasan harian dan deadline yang perlu diselesaikan. Bina hubungan yang kuat melalui penyimpanan buku alamat rakan-rakan, keluarga dan rakan perniagaan. Paparan aktiviti harian secara visual. Dapatkan versi percubaan melalui link ini Any Time Premier. Selamat mencuba. Jika rasa tertarik dengan perisian tersebut dan berminat untuk dapatkan perisian penuh beserta cara penggunaannya boleh email saya: gumboro75@yahoo.com