Isnin, 14 Jun 2010

HARIAN METRO: SI CILIK PINTAR. TERANG HATI

Si cilik pintar, terang hati
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/06/15
KUALA LUMPUR: Pertuturannya mungkin kurang sempurna, namun Darwisya Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran.
clip_image001
BIJAK...Darwisya Adriana (kiri) mengajar Darwish Adrian mengaji.
Malah, si comel itu juga adakala mengajar adiknya, Darwish Adrian, 2, mengaji manakala Darwish Adrian sendiri sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat.
Menurut ibu dua beradik ini, Mazlina Ramli, lewat 30-an, ketika berusia dua tahun lapan bulan, Darwisya Adriana sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek.
Kata Mazlina, kelahiran Darwisya tiada beza dengan bayi lain, malah dia sendiri tidak mengalami sebarang alahan atau tanda pelik. Anak sulungnya itu sendiri lambat berjalan dan bertutur.
“Namun, sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkannya ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.
Mazlina yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, setiap pagi anaknya diperdengarkan bacaan al-Quran terlebih dulu sebelum mereka mula menonton televisyen.
Pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji mengikut kaedah Iqra’.
Baginya, tiada rahsia besar di sebalik keupayaan anak-anaknya itu kerana semua ibu boleh memiliki anak seperti Darwisya Adriana asalkan ia disertai teknik pembelajaran tepat.
“Asalnya saya mahu menghantar anak saya mengaji al-Quran di tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, namun tiada seorang pun yang sanggup mengajar Darwisya Adriana yang ketika itu baru berusia setahun.
“Justeru, saya mula mencari kaedah sesuai mengajar anak bermula daripada lahir sehingga usia tiga tahun,” katanya.
Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca.
Selepas set berkenaan habis dibaca, dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.
“Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, saya selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.
“Dia sendiri akan tahu bacaannya salah kerana selalu mendengarnya daripada VCD,” katanya.
Kemampuan Darwisya Adriana turut diuji Akademi Darul Huffaz yang terletak di Kajang serta mendapat sijil hafazan 30 surah terakhir daripada akademi terbabit.
“Tentunya ini satu pencapaian yang amat membanggakan saya. Saya berharap anak saya dapat khatam al-Quran sebelum usianya mencecah empat tahun,” katanya.
Mazlina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran.
Antara makanan yang biasa diberikan untuk anaknya ialah kacang badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buah zaitun dan air yang dibaca dengan surah Taha.
SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sicilikpintar_teranghati/Article

Sabtu, 5 Jun 2010

APLIKASI FACEBOOK UNTUK P&P

Facebook kini telah menjadi suatu medium yang baik untuk tujuan jalinan hubungan sosial. Sebagai golongan pendidik kita juga boleh memanfaatkannya untuk tujuan P&P dengan lebih berkesan, murah dan menjimatkan masa.
Usahlah jadikan wall Facebook seperti pasar malam dengan memuatkan posting yang tiada nilai dan lebih kepada promosi diri yang murah, marilah kita jadikan facebook sebagai suatu medan untuk meningkatkan lagi sumbangan kita kepada pembangunan anak bangsa.
Beberapa aplikasi facebook boleh digunakan oleh guru-guru sebagai medium pembelajaran secara online. antaranya ialah:
1. Slideshare ; aplikasi yang membolehkan kita memuat naik slide presentation dan boleh diposting ke wall facebook untuk tujuan perkongsian dengan rakan guru dan pelajar kita. Disamping itu melalui aplikasi ini juga kita boleh berkongsi slide-slide dari seluruh negara. Bagi guru-guru, anda boleh jadikan sumber untuk mencari slide yang sesuai untuk tujuan P&P anda. Untuk mecubanya anda boleh gunakan link ini : http://apps.facebook.com/slideshare/
2. Webinaria Screencast Recorder:aplikasi yang membolehkan kita merakam video dan kongsikan dengan rakan-rakan. Ianya boleh merakam setiap pergerakan pada skrin komputer kita dan dalam masa sama boleh merakam suara latar. Aplikasi ini sesuai untuk kita membina video tunjuk cara penggunaan program komputer contohnya cara membeli secara online, cara memasukkan bunyi dalam powerpoint dan sebagainya. Anda juga boleh jadikanya sebagai sumber P&P dengan memuatturun video pengajaran yang sesuai dari seluruh dunia. Bagi anda yang ada blog sendiri..anda boleh salin code dan embed dalam blog. Anda boleh mencubanya melalui link ini; http://apps.facebook.com/webinaria/
Diharap agar aplikas-aplikasi ini boleh membantu, jika ada kelapangan masa saya akan tunjukkan bagaimana cara menggunakan aplikasi-aplikasi di atas.
Sumber:
1. http://www.collegedegree.com/library/college-life/15-facebook-apps-perfect-for-online-education

Selasa, 11 Mei 2010

OUTLINE TEXT

Salam..
Bagi anda yang ingin menghasilkan outline text tetapi tiada font tersebuat dipasang didalam Ms Word anda. Kini anda hanya perlu muat turun pelbagai jenis font dalam bentuk outline. Anda boleh muat turun font-font tersebut melalui link di bawah:
http://www.urbanfonts.com/fonts/outline-fonts.htm
Langkah-langkah untuk download dan Install font:
1. Klik pada “WIN” bagi pengguna windows – klik save file – ok.
* Arahan untuk simpan fail adalah bergantung kepada Web Browser anda. Untuk posting ini saya gunakan Mozilla Firefox.
1
2. Pergi kepada folder dimana kita simpan fail font yang dimuat turun. Right Click pada mana-mana fai font – Exctract files..
# Arahan untuk extract file juga bergantung kepada jenis zip exctarctor yang digunakan. Untuk posting ini saya gunakan WinRar. Anda boleh juga gunakan winzip, Jzip dll.
2
3. Exctract fail font tadi ke C:\WINDOWS\fonts kemudian klik OK. Font yang anda isntall tadi telah ada dalam windows dan boleh digunakan dalam mana-mana aplikasi untuk menaip di dalam Windows seperti Ms Word, MS powerpoint dan sebagainya. 3  SELAMAT MENCUBA

Rabu, 24 Mac 2010

MEMBUAT EFEK LINE DRAWING MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP

1

Kita boleh menukar Imej berwarna kepada bentuk line drawing(lukisan) dengan mudah menggunakan Adobe Photoshop.
1. Copy Layer sebagai langkah keselamatan bila poses editing tidak berhsasil dengan baik. Ubtuk copy layer. Layer – new – layer via copy.

2

Layer baru akan terbentuk dikenali sebagai layer 1









3

2. Filter – Other – high pass








4

- Anda boleh mengubah Radius mengikut kesesuaian. Disini saya menggunakan 0.2








5

3. Image – Adjustments – Treshold.








6

- Anda boleh mengubah Treshold level. Disini saya menggunakan 121.








Anda akan mendapat satu lukisan dalam bentuk line drawing. Sesuai untuk dijadikan bahan lembaran kerja. Selamat mencuba

Sabtu, 27 Februari 2010

MS POWERPOINT: IMAGE RESOLUTION & COMPRESSIOAN

Salam..
Saiz imej merupakan suatu yang perlu ditekankan semasa membuat persembahan powerpoint. saiz Imej akan mempengaruhi saiz fail. Apabila saiz fail besar ia akan mengundang masalah kelancaran persembahan dan storan fail tersebut.
Untuk posting ini saya ingin kongsikan nota berkenaan resolusi dan image compression. Kita menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menGeksport file imej untuk digunakan dalam powerpoint. Disamping itu, nota ini juga menunjukkan bagaImana menggunakan image compression dalam powerpoint bagi tujuan mengecilkan saiz imej. Untuk mendapatkan nota tersebut, anda boleh download secara percuma melalui link di bawah:
blog